Assalamualaikum..
Pagi tadi aku bangun dengan kesyukuran ke hadrat Allah. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk bernafas di dunia pinjamannya yang fana. Ada orang lain yang ditarik nikmat hidup ketika sedang lena dibuai mimpi.
Aku pun online untuk melihat berita terkini dunia. Bola sepak secara khususnya. Ketika melayani panggilan fb, aku terkedu apabila melihat ucapan takziah seorang rakan buat rakan yang aku kenali di notifikasi. Aku sangka ahli keluarga terdekat rakan aku telah meninggalkan dunia ini mendahului mereka yang masih hidup.
Apa yang membuatkan aku terkejut adalah rakan aku itu sendiri yang telah kembali ke rahmatullah. :-(
Arwah masih muda. Hanya senior setahun berbanding umurku. Benar, ajal tidak mengenal usia. Bila tiba masanya, kita akan dijemput. Tidak cepat atau lewat walau sesaat pun. Aku takut. Adakah amalku sudah cukup untuk dijemput Ilahi?
Salam takziah buat keluarga sahabat, Muhammad Faiz Fizry Ghazali, yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya berhampiran tol Jitra, Kedah. Al-fatihah.
p cium s : Kenalan rapat..
No comments:
Post a Comment