Monday, April 16, 2012

Pengalaman Baru


Assalamualaikum..

Semalam aku pulang dari kem pemantapan rohani di Majlis Sukan Negara, Asahan, Melaka. Alhamdulillah, Allah memberikan aku petunjuk untuk sedar dan masih membuka peluang untuk aku bertaubat. Sungguh aku insaf. Sudah terlalu jauh aku menyimpang dari kehidupan yang diredhai-Nya. Terlalu banyak dosaku.

Aku benar-benar menyesal dengan apa yang telah aku lakukan. Moga taubatku diterima Ilahi. Banyak yang aku belajar di sana dan akan aku kongsikan dalam entri seterusnya. Aku tidak mahu lagi terus sesat jauh.

Moga aku dapat terus istiqamah dalam perubahan ini. Aku ingin berhijrah menjadi lebih baik. Jihad melawan nafsu. Aku tidak mahu diazab Allah. Maha Suci Allah yang memberikan hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Allahuakbar.











p peluk s : Insaf..

4 comments:

Cik Snco said...

La Tahzan,masih ada waktu untuk kita bertaubat dan menangisi dosa-dosa lalu.Allah tahu apa niat kita.
Sama-samalah kita buru keredhaan Allah.

M Fizan said...

@Cik Snco moga masih ada masa untuk ana bertaubat.. terima kasih ya ukhti.. sama-sama kita mencari redha Allah..

suha said...

insyAllah,semoga istiqamah (^_^)
hidayah itu indah kan?

M Fizan said...

@suha alhamdulillah. hidayah Allah sangat indah ^_^

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif