Tuesday, March 18, 2014

Tanggung dan Jawab

Assalamualaikum.

'Pemerintah mesti bertanggungjawab dengan kematian remaja di konsert hiburan syaitan neraka dunia.'

Okey. Itu ayat contoh.

Tanggungjawab. Satu perkataan yang nampak berat.


Dulu masa kecik, tak nak jadi orang dewasa sebab kena pening kepala fikir tentang tanggungjawab. Kena tanggung semua perbuatan. Tak macam kanak-kanak. Kalau buat salah pun, orang tak sampai hati nak marah lebih-lebih. Berbeza dengan remaja atau orang dewasa.

Haaa, tapi bila dah dewasa, aku rasa tak lah teruk sangat tanggungjawab. Walaupun kadang-kadang rasa nak jadi kanak-kanak semula. Carefree. Tak perlu risau akan masalah dunia. Tak perlu gusar soal cinta. Apa lagi soal kerjaya. Rumit. 

Persoalannya, apakah itu tanggungjawab? Kena tanggung dan jawab? Mungkin.

Bagi aku blogger picisan dan hamba Allah yang kerdil, tanggungjawab itu sesuatu yang membuatkan kita akan melakukannya walaupun jika terpaksa. Contohnya, tengah lazat tidur di waktu tengah hari, kena bangun untuk jemput adik di sekolah. Itu tanggungjawab seorang abang.

Tanggungjawab kita sebagai pelajar kena bangun pagi untuk pergi kuliah walaupun malam sebelum tu tidur lewat sebab ulang kaji. Tanggungjawab sebagai kerajaan pula mestilah melengkapi keperluan rakyat yang memilih mereka dalam pilihan raya.

Tanggungjawab kita sebagai hamba Allah pula untuk beribadat kepada-Nya dan memakmurkan bumi Allah ini. Itu tujuan penciptaan kita. Itu amanah buat kita.

Sebab itu tanggungjawab, kita kena tanggung dan jawab kalau kita tak buat. Kan?

Wallahualam.



Taman Resak
1310
18/03/2014



No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif