Welcome To My Life...

Sunday, March 16, 2014

Hujan Rahmat

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Hari ini dan semalam, hujan rahmat membasahi bumi Changlun. Dan dari berita di laman sosial, kebanyakan tempat di seluruh negara yang kemarau sejak sekian lama juga sudah menerima hujan.


Alhamdulillah, segala puji-pujian hanya untuk Yang Maha Esa. Syukur Ya Rabb.

Inilah berkat munajat kepada Pencipta. Selepas begitu lama kemarau, umat Islam di seluruh pelosok tanah air melakukan solat istisqa' tanda pengharapan terakhir kepada Allah. Bahawa tawakal kita sebagai hamba hanya kepada Dia. 

Dan Allah menurunkan rahmat-Nya berkat keikhlasan hati-hati di antara kita sang pendosa. Jika kita yakin dan ikhlas meminta kepada Allah, nescaya Allah akan memberikan yang terbaik. 

Nak berkongsi sikit tentang solat istisqa' yang aku baru tahu apabila khatib sampaikan dalam khutbah Jumaat minggu lepas. Bahawa solat ini bukanlah untuk orang dewasa saja. Anak kecil yang masih menyusu pun mesti dibawa.

Binatang ternakan juga. Bukan lembu dan kerbau saja. Ikan juga mesti dibawa. Supaya semua makhluk dapat bermunajat kepada Allah. Apabila maksiat dibiarkan berleluasa dalam kalangan kita, Allah akan turunkan azab.

Jangan kita lupa bahawa bukan pembuat maksiat saja ditimpa bala. Seluruh masyarakat akan menerima akibat yang sama. Maka itu cegahlah maksiat dengan keupayaan kita. Moga amukan alam yang semakin 'marah' menyedarkan kita untuk memperbanyak amal ibadat. 

Wallahualam.


Changlun
1909
16/03/2014



No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif