Welcome To My Life...

Wednesday, March 12, 2014

MH370

Assalamualaikum.

Kehilangan kapal terbang MH370 masih menjadi misteri. Belum terungkai lagi.

Banyak teori telah dibincangkan. Banyak pakar cuba menarik perhatian. Dari False Flag sehinggalah ulangan kisah Bario 2004.


Sama ada meletup, ditembak jatuh, atau di'sembunyi'kan.

Marilah sama-sama kita berdoa juga agar peristiwa ini bukanlah alasan untuk kuasa asing campur tangan dan menceroboh negara kita lagi seperti dulu. Cukuplah sekali perang saudara antara kita menjadi punca negara kita dijajah. Belajarlah dari sejarah. Ambil iktibar. Jangan takbur.


Sehebat mana ilmu manusia terpintar di dunia, tidak sebesar zarah pun jika dibandingkan ilmu Allah yang maha luas. Melangkaui logik akal. Melampaui batasan fikiran. Melepasi ilmu sains dan teknologi.

Hanya Allah yang tahu apa yang sebenarnya berlaku. Mungkin bukan salinan fotokopi Bario 2004 kerana kapal terbang ini tidak bertujuan sama dengan helikopter tersebut. Ini adalah laluan biasa.

Tapi rahsia Allah tak siapa dapat menduga. Di mana sains berakhir, di situlah tanda-tanda kekuasaan Allah terlihat. Jika sains tak dapat menjelaskannya, apa lagi? Kembalilah kepada mukjizat Rasulullah, al-Quran dan sunah.

Teruskan berdoa. Teruskan berusaha. Ikhtiar dalam tawakal.

Masihkah kau ingat Bario 2004? Minta pertolongan orang alim. Mungkin doa mereka dimakbulkan oleh Allah. Wallahualam.



Changlun
1335
12/03/2014


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif