Tuesday, June 20, 2017

Piala Konfederasi FIFA 2017 #4

Assalamualaikum.

Perlawanan kedua Kumpulan B berlangsung malam semalam untuk mengakhiri perlawanan pertama bagi semua pasukan yang bertanding.

Berikut adalah senarai pemain kedua-dua pasukan:

AUSTRALIA: Ryan; Wright, Sainsbury, Degenek; Leckie, Milligan, Mooy, Behich; Luongo (Kruse), Juric (Cahill), Rogic (Troisi)

JERMAN: Leno; Kimmich, Ruediger, Mustafi, Hector; Brandt (Sule), Stindl (Can), Rudy, Goretzka, Draxler; Wagner (Werner)

AUSTRALIA 2-3 JERMAN
Gol: Lars Stindly (minit ke-5), Tom Rogic (minit ke-41), Julian Draxler (penalti minit ke-44), Leon Goretzka (minit ke-48), Tomi Juric (minit ke-56)
Penguasaan bola: 41-59
Percubaan: 9-18
Sepakan penjuru: 1-4
Pemain terbaik perlawanan: Julian Draxler (Jerman)

Juara dunia bermula cemerlang. Lars Stindl mudah menyempurnakan hantaran silang Julian Brandt dari sebelah kanan seawal minit kelima. Tom Rogic membalas untuk Australia dengan rembatan kencang dari luar kotak penalti selepas sepakan pertamanya dihadang. Kapten Jerman, Julian Draxler meletakkan pasukannya kembali di depan melalui sepakan penalti lewat di hujung babak pertama.

Leon Goretzka menjaringkan gol di awal babak kedua apabila menyudahkan hantaran lambung yang cantik dari Joshua Kimmich. Penjaga gol Jerman, Bernd Leno bertanggungjawab untuk gol kedua Australia apabila gagal menangkap kemas sepakan percuma. Bola muntah itu disambar pantas oleh Tomi Juric. Jerman mengekalkan kelebihan untuk memungut tiga mata penuh.

------------------------

Pertandingan berehat satu hari sebelum bersambung dengan dua perlawanan kedua Kumpulan A.



No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif