Welcome To My Life...

Monday, June 19, 2017

Piala Konfederasi FIFA 2017 #3

Assalamualaikum.

Dua perlawanan berlangsung dalam dua kumpulan berbeza. 

Kumpulan A

PORTUGAL: Patricio; Cedric, Pepe, Fonte, Guerreiro; Quaresma (Silva), William, Moutinho (Adrien), Gomes; Nani (Gelson), Ronaldo

MEXICO: Ochoa; Salcedo (Araujo), Reyes, Moreno, Layun; Guardado, J. Dos Santos, Herrera; Vela (G. Dos Santos), Hernandez, Jimenez (Peralta)

PORTUGAL 2-2 MEXICO
Gol: Ricardo Quaresma (minit ke-35), Javier Hernandez (minit ke-42), Cedric Soares (minit ke-86), Hector Moreno (minit ke-90+1)
Penguasaan bola: 41-59
Percubaan: 10-11
Sepakan penjuru: 2-3 
Pemain terbaik perlawanan: Cristiano Ronaldo (Portugal)

Pertembungan hebat yang berakhir dengan keputusan seri, adil untuk kedua-dua pasukan. Portugal dua kali mendahului, dan Mexico bangkit dua kali. Portugal pastinya kecewa apabila jaringan awal Pepe di babak pertama yang sudah diraikan tiba-tiba dibatalkan oleh pengadil selepas tayangan semula video (VAR) yang mendedahkan Nani berada dalam posisi ofsaid.

Portugal akhirnya mendapat gol pertama apabila kelicikan Cristiano Ronaldo dari sayap kiri gagal dikekang, melorongkan bola untuk disudahkan oleh Quaresma. Tandukan terbang Chicharito menyamakan kedudukan untuk Mexico. Bersambung babak kedua, juara Eropah terpaksa menunggu sehingga lewat permainan untuk Cedric sekali lagi meletakkan mereka di depan hasil hantaran silang Gelson Martins. Namun Portugal terpaksa akur berkongsi mata apabila Moreno menanduk masuk sepakan penjuru dalam masa kecederaan.

-----------------------------

Kumpulan B

CAMEROON: Ondoa; Mabouka, Ngadeu, Teikeu, Fai; Siani (Ngamaleu), Anguissa (Mandjeck), Djoum; Bassogog, Aboubakar, Moukandjo

CHILE: Herrera; Isla, Medel, Jara, Beausejour; Vidal, M. Diaz, Aranguiz (Silva); Fuenzalida (Valencia), Vargas, Puch (Sanchez)

CAMEROON 0-2 CHILE
Gol: Arturo Vidal (minit ke-81), Eduardo Vargas (minit ke 90+1)
Penguasaan bola: 38-62
Percubaan: 8-16
Sepakan penjuru: 5-5 
Pemain terbaik perlawanan: Arturo Vidal (Chile)

Penguasaan bola menunjukkan dominasi penuh juara Amerika Selatan ketika berdepan jaguh Afrika. Hasil tayangan video (VAR) sekali lagi digunakan ketika membatalkan jaringan Vargas di separuh masa pertama kerana dia sedikit ofsaid.

Gol yang dinanti-nanti Chile akhirnya dijaringkan menerusi tandukan Vidal hasil hantaran lintang dari sayap kiri. Gol kedua yang dijaringkan Vargas pada mulanya seperti dibatalkan penjaga garisan kerana Vargas berada dalam posisi ofsaid pada awalnya semasa bola itu digerakkan ke kotak penalti tetapi Vargas tidak ofsaid ketika menjaringkan gol itu dari jarak dekat.

------------------------------

Perlawanan seterusnya malam esok:
Australia vs Jerman

Pertembungan juara Asia dan juara dunia ini seperti perbezaan langit dengan bumi. Hanya keputusan seri sudah memadai untuk Australia mendabik dada bahawa mereka telah beraksi cemerlang.



No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif