Welcome To My Life...

Saturday, June 17, 2017

Piala Konfederasi FIFA 2017 #1

Assalamualaikum.


Piala Konfederasi FIFA 2017 akan berlangsung di Rusia bermula esok. 8 buah negara dari enam konfederasi yang bernaung di bawah FIFA akan bertanding.

negara (status kelayakan) [konfederasi]
1. Australia (juara Asia 2015) [AFC]
2. Cameroon (juara Afrika 2017) [CAF]
3. Chile (juara Amerika Selatan 20150 [CONMEBOL]
4. Jerman (juara dunia 2014) [UEFA]
5. Mexico (juara Amerika Utara, Tengah, dan Caribbean 2015) [CONCACAF]
6. New Zealand (juara Oceania 2016) [OFC]
7. Portugal (juara Eropah 2016) [UEFA]
8. Rusia (tuan rumah Piala Dunia 2018) [UEFA]

Konfederasi bola sepak benua Eropah (UEFA) akan diwakili tiga pasukan. Rusia selaku tuan rumah Piala Dunia 2018 tahun depan menjadi hos Piala Konfederasi secara automatik seperti tradisi sejak dulu. Juara benua Eropah yang ditabalkan tahun lepas iaitu Portugal akan mewakili benua tersebut. Satu lagi pasukan Eropah iaitu Jerman akan bertanding selaku juara bertahan Piala Dunia 2014. Edisi kali ini adalah penampilan kali ketiga bagi Jerman dalam pertandingan ini.

Lima lagi pasukan adalah juara benua masing-masing. Australia yang asalnya dari zon Oceania adalah juara bertahan benua Asia dengan memenangi Piala Asia 2015, untuk membuat kemunculan keempat. Cameroon pula akan mewakili benua Afrika selepas memenangi Piala Negara-Negara Afrika awal tahun ini untuk penampilan kali ketiga. Chile pula mewakili benua Amerika Selatan selaku juara Copa America 2015. 

Mexico yang memenangi Piala CONCACAF 2015 akan mewakili zon Amerika Utara, Amerika Tengah, dan Caribbean. Edisi 2017 adalah penampilan ketujuh untuk Mexico dan mereka pernah menjadi juara edisi 1999. Pasukan terakhir, New Zealand yang merupakan pemenang Piala Negara-Negara OFC 2016 akan membuat kemunculan kali keempat mewakili zon Oceania.

Tiga negara: Rusia, Portugal, dan Chile, akan membuat penampilan pertama (debut). Mexico (kali ketujuh) merupakan pasukan paling berpengalaman dalam Piala Konfederasi 2017. 

------------------------------

Lapan pasukan ini dibahagikan kepada dua kumpulan:

Kumpulan A: Rusia; New Zealand; Portugal; Mexico
Kumpulan B: Cameroon; Chile; Australia; Jerman

Seperti tradisi mana-mana pertandingan berformat piala, perlawanan pembukaan akan menemukan tuan rumah dengan pasukan yang diundi dengan nombor A2:

Rusia vs New Zealand

Pertembungan Eropah dan Oceania. Pasukan manakah yang akan memungut mata berharga?




No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif