Welcome To My Life...

Thursday, February 18, 2016

MLM2016/3: Teruk

Assalamualaikum.

Review Minggu 2

Tema minggu ketiga Maharaja Lawak Mega 2016 adalah BOLLYWOOD. Bila sebut Bollywood (bukan Holywood ye!), kita pasti terbayang Hindustan. Filem-filem seperti Kuch Kuch Hota Hei, Dilwale, dan Kabhi Khushi Kabhie Gam, akan bermain di ingatan dengan tarian-tarian tradisi yang menjadi trademark cerita Hindustan.

Aku mengharapkan ada sesuatu yang berbeza berbanding lawak klise melakukan tarian sebagai modal jenaka untuk membuat penonton ketawa. Ternyata aku kecewa. Berikut adalah ulasan persembahan setiap peserta dengan Rating DYB dari aku sendiri dan Meter HaHa dari para juri tetap. Scha Alyahya menggantikan ketiadaan Bunga Citra Lestari untuk bersama Ziana Zain, Najib Ali dan Shaheizy Sam (pengantin baru) sebagai juri.

-------------------------

1. Cham [Rating DYB: 1/10 | Meter HaHa: 3/5]
Persembahan pembukaan yang membosankan. Sampai berkerut dahi aku sebab tak tahu mana lawaknya. Aku dapat dengar sorakan semangat, tapi ni bukan level MLM.

2. Bora [Rating DYB: 4/10 | Meter HaHa: 4/5]
Bolehlah, agak menghiburkan. Ada part klise (lelaki jadi perempuan). Sempat jugak troll Shaheizy Sam pengsan masa nikah dengan Syatilla.

3. Joras [Rating DYB: 4/10 | Meter HaHa: 4/5]
Persembahan kali ni agak perlahan, tapi ada satu dua punchline yang kelakar. Masih menghiburkan walaupun prestasi menurun.

4. Rayza [Rating DYB: 2/10 | Meter HaHa: 3/5]
Bercerita pasal menangis tengok Bollywood, dan sebab-sebab hero Bollywood hebat. Rayza pun buat aku berkerut dahi. "Last week was better" kata juri (Ziana).

5. LOL [Rating DYB: 6/10 | Meter HaHa: 4/5]
Bermula dengan kelakar, pertengahan agak krik krik krik, dan graf meningkat semula menuju ke penghujung persembahan. Masih boleh diperbaiki untuk peserta kegemaran yang memiliki pengikut yang ramai.

6. BOS [Rating DYB: 5/10 | Meter HaHa: 2/5]
Sempat troll kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh ke Malaysia. Persembahan mula lawak bila Ajo masuk. Persembahan mereka maintain suam-suam.

7. Xola [Rating DYB: 8/10 | Meter HaHa: 3/5]
Bahagian awal agak kelakar. Persembahan kreatif dengan konsep yang bagus (surat boleh bercakap, siap ada typo). Ending pun terbaik (heroin mengamuk).

8. Kavin [Rating DYB: 3/10 | Meter HaHa: 2/5]
Good try. Menghiburkan tapi aku tak gelak. "Content kurang" itu kata Ziana Zain. Aku setuju.

9. Shake [Rating DYB: 3/10 | Meter HaHa: 2/5]
Permulaan baik dengan konsep berbeza dari peserta lain. Lepas tu penat aku tunggu lawak. Keseluruhannya hambar!

10. Saywho [Rating DYB: 6/10 | Meter HaHa: 4/5]
Seperti biasa, Saywho mengharapkan kekuatan gerak tubuh sebagai bahan lawak mereka. Aksi Bocil membuatkan aku senyum. Kekal menghiburkan.

11. Chilok [Rating DYB: 6/10 | Meter HaHa: 2/5]
Konsep yang juga berbeza. Adalah punchline yang menjadi. Aku suka plot twist (polis Myvi). Sempat jugak mengusik Shaheizy Sam (pengantin baru).

12. Bocey [Rating DYB: 5/10 | Meter HaHa: 4/5]
Persembahan yang juga tipikal dan stereotaip. Achey kelakar, tapi keseluruhannya persembahan mereka masih kurang bagi level Bocey.

13. Enjen [Rating DYB: 3/10 | Meter HaHa: 3/5]
Persembahan klise. Ada part menari jugak tapi tak kelakar. "Masalah dengan content" itu komen Sam.

14. Puteh [Rating DYB: 3/10 | Meter HaHa: 4/5]
Persembahan penutup yang juga klise! Bolehlah senyum tapi bosan.

-------------------------------------------

Secara keseluruhan, aku rasa pengacara (AC Mizal) lagi kelakar. Serius! Part paling best bila dia menari. Memetik kata juri, persembahan para peserta minggu lepas kurang dari segi pengisian. Cubaan tu ada, tapi tak berhasil. Ramai yang guna konsep persembahan sama, ada part menari (bolehlah sebab Bollywood), tapi part lelaki jadi perempuan tu tak perlu pun.

Najib Ali (juri) mahukan 'kelainan' dari para peserta. Dia juga mahu para peserta 'berfikir di luar kotak'. Walaupun kadang-kadang komen dia jauh berpusing satu dunia, ada jugak benarnya. Minggu ni ada DUA penyingkiran.

Peserta yang tersingkir ialah Kavin dan Chilok. Mungkin kerana mereka tak ada pengikut yang ramai. Tapi satu yang pasti, pentas Maharaja Lawak Mega terlalu besar untuk Kavin (dan juga untuk beberapa peserta lain).

Sekian dulu untuk minggu ketiga.



No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif