Welcome To My Life...

Saturday, February 13, 2016

Ola Bola -- The Legendary Team

Assalamualaikum.

"Ola Bola is a must-watch movie." Everyone has been saying this since its release in cinemas. I'm not the type who believe easily, but i have to since many people said the same thing. I watched the movie last week, and with all the hype, OLA BOLA worth every penny.

This is a local movie that Malaysians want to match. Not the garbage and cheap stories that fill the local cinemas these days. 

Rating DYB: 10/10

"Filem Malaysia bertahap lima bintang yang menyentuh emosi"

Aku mulakan dengan petikan ayat dari sini. Filem tempatan arahan Chiu Keng Guan (pengarah The Journey) ini tidak mempertaruhkan pelakon-pelakon terkenal seperti filem lain untuk menarik penonton ke pawagam. Sebaliknya, filem ini meletakkan jalan cerita yang menarik, dan kualiti sinematografi sebagai kekuatan. 

Satu lagi perkara yang menarik adalah filem ini berdasarkan kisah benar walaupun watak-watak dalam filem hanya rekaan. Filem ini bermain dengan emosi, kerana mengembalikan semula memori emas bola sepak Malaysia yang masih diingati hingga ke hari ini. 'Ola Bola' menayangkan semula detik-detik perjuangan para wira negara di padang bola sepak untuk layak ke Sukan Olimpik 1980 di Moscow.

"We speak different languages, but we sing the same song."

Salah satu kekuatan filem ini adalah barisan pelakon dari pelbagai kaum yang hidup harmoni sejak sekian lama di bumi bertuah Malaysia. Variasi bahasa (termasuk bahasa Melayu dan Mandarin) yang ada menjadikan 'Ola Bola' menarik. Filem ini menggambarkan semua kaum di Malaysia yang bertutur bahasa berbeza tapi menyanyi 'lagu' yang sama dalam keadaan aman damai. Kita ramai, tapi kita 'satu'.

It's a amazingly beautiful movie.

Sinematografi filem ini adalah sesuatu yang dipuji oleh para pengarah lain termasuk Datuk Yusof Haslam yang memberikan 'lima bintang' untuk 'Ola Bola'. Pemandangan dari udara yang sangat cantik membuatkan aku sangat teruja ketika menonton filem ini. Keindahan bumi Allah dilihat dengan visual yang amat memukau.

Aku juga ingin memuji lakonan yang 'hidup' dari barisan pelakon yang tidak begitu terkenal kecuali Bront Palarae yang membawa watak Rahman. Filem 'Ola Bola' seperti bernyawa dan para penonton seperti merasai sendiri kesakitan penyokong bola sepak di lewat era 1970-an dan kebanggaan mereka apabila skuad negara akhirnya layak ke Sukan Olimpik. Aku paling suka bahagian 'air mata' di hujung cerita apabila seluruh rakyat Malaysia meraikan kejayaan skuad bola sepak negara.

Sudah lama kita impikan saat itu berulang! Kita mahu memori emas itu kembali!

"Kita menang sama-sama, kita kalah sama-sama."

Semangat 1 Malaysia begitu terserlah dalam filem ini. Tahniah pengarah dan semua yang menjayakan filem 'Ola Bola'. Secara peribadi (sama seperti orang lain juga), filem ini wajib ditonton untuk mengembalikan kenangan zaman kegemilangan bola sepak Malaysia.

Pergi ke pawagam sekarang dan pulang dengan kepuasan!

UPDATE: Selepas dua minggu tayangan (sejak 28 Januari), filem 'Ola Bola' telah mengutip RM 8 juta. Tahniah!

No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif