Wednesday, August 13, 2014

Sahabat

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, selepas sekian lama, akhirnya diizinkan Allah untuk meluangkan masa dengan sahabat zaman sekolah dulu. Main futsal. Rancangan dibuat pun secara mengejut. Aku terjumpa mereka masa beli tomyam makanan laut (baca: seafood) di kedai. Masa tu aku baru balik dari pasar. Beli ayam mentah.

Duduk saja, terus idea diutarakan untuk kami adakan permainan futsal persahabatan 'kita-kita ja'. Aku mulanya menolak. Mana nak cari orang secara masa tu jugak (baca: on the spot). Itu kerja gila. Dah tu disuruhnya aku yang cari orang. Lagi gila.

Mengenangkan mereka pujuk jugak nak main, aku turutkan. Masa tu jugak calling sana sini ajak orang.  Tak cukup orang lagi. Tapi terus tempah gelanggang dan sahkan masa permainan. Budak-budak ni bukan boleh kira sangat. Sebut saja kerja gila, semua jalan. 

Lama dah tak main futsal dengan Ik-ram, Ai-ma, Su-hai-ri, Az-wan, dan lain-lain. Kali terakhir kami main sama-sama dulu, aku masih panas baran. Cukup pantang rakan sepasukan buat silap, kira nak marah saja. Lagi-lagi bila ketinggalan, aku akan jadi sangat agresif dan ganas. Semua nak dilanggar. 

Tapi semalam.. alhamdulillah. Aku semakin berjaya mengawal amarah aku. Aku bermain dengan sangat tenang. Walaupun ketinggalan, aku tetap cool dan tak jadi agresif. Aku hanya tumpukan perhatian pada permainan aku. 

Walaupun cuma sejam lebih, aku puas dapat bermain dengan mereka lagi. Lepas tu, kami lepak di kedai makan. Minum-minum. Berbual tentang perkembangan terbaru masing-masing. Mengusik tentang kisah lama. Mesra. Macam dulu-dulu.

Walau jarak beribu batu, kami buddyz. Takkan terpisah!



1 comment:

Aslaha said...

Assalamualaikum, sahabat.

:')

Alhamdulillah,
begitu indah aturan Ilahi.
Malu hamba ini, Ya Rabbi,
padanya yang tenang mengintrospeksi diri,
mengakui kelemahan diri,
yang turut menurunkan hujan yang cukup menginsafkan diri.

Terimalah ucapan maaf ini, tika ada sisa sakit di hati kerana kejauhan yang aku sendiri sukar untuk mengerti.
Namun, insya-Allah, masihku susun rapi nama-nama kalian duhai penghias cerita hati hamba,
belum sirna kenangan kita,
mengemudi ilmu dan cita,
tersimpan rapi di relung hati dan nafas-nafas doa.

Sahabat, terima kasih kerana terus menunaskan bakti dan cinta,
buat dunia agar terus ceria,
terus bahagia,
bukan atas dasar yang dusta,
atau sengketa,
alhamdulillah.

Teruskan langkahmu duhai ar-rijal harapan ummah,
kuatkan azam & teguhkan sepanduk la ilaha illallah.

Aku masih cinta,
pada kalian sahabat anugerah yang cukup indah dari-Nya.

Alhamdulillah,
Allah masih cinta <3

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif