Welcome To My Life...

Tuesday, August 6, 2013

Berkumpul Lagi


Alhamdulillah, persahabatan kerna Allah itu indah. Walau berpisah beribu batu, bertemu semula mengenang masa lalu. 

LOKASI : KFC Changloon
TARIKH : 4 Ogos 2013 (Ahad)

Alhamdulillah, sekali lagi kelas 5 Alfa tahun 2010 diizinkan Allah untuk berkumpul semula. Iftar bersama sempena Ramadhan 1434 H dan sebelum Syawal menjelma. Aku kurang pasti berapa lama kami merancang, tapi tak terlalu tergesa-gesa. Walaupun ada cadangan untuk menukar venue, majlis berbuka puasa tetap diteruskan di KFC.

Selain iftar, kami juga ingin berbual selepas terpisah dengan kesibukan hidup masing-masing. Maka cadangan diberikan agar mereka yang ada kelapangan boleh hadir lebih awal untuk sesi temu ramah. Aima datang ke rumah aku jam 6.20 petang. Awal gila! Aku janji dengan dia 6.40 petang. Terpaksa lar budak ni tunggu aku bersiap. Memang menepati masa betul sahabat aku. ^_^

Sesampainya kami di sana, Wahidah dan Hadaina sudah pun menempah 'kawasan' kami. Kata mereka, Amalina tak nak datang kerana malu. Seriously? o_0

Kemudian, Anina dan Aslaha turut serta. Yang lain datang selepas jam 7 petang. Ikram dan Suhairi datang pada jam 7.30 petang sebab mereka ni kerja di kedai kasut. Azwan paling lambat. Masa kami sedang enak menjamu selera, baru dia sampai. Dari masjid katanya. Okey, aku percaya.

Seorang demi seorang datang sehinggalah iftar kami dapat menghimpunkan lebih kurang 15 orang. Kelas 5 Alfa 2010 dulu ada lebih 20 orang pelajar. Okey lah tu.


Aku, Aima | Aslaha, Anina, Hadaina Wahidah.


Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah yang Maha Esa. Tanpa izin-Nya, kami tak akan dapat meluangkan masa bersama.


Irfan, anak rakan sekelas kami, Atiqah. Anak sulung 5 Alfa 2010. Umurnya 2 tahun hari raya nanti.


Masa ni dia nak keluar. Dia tunjuk tempat letak kereta. Aku pun tak faham tapi buat-buat faham. ^_^


Me, and the darling of 5 Alfa 2010. Generasi kedua. ^_^


Alhamdulillah! Yang tak ada dalam gambar ni... Suhairi (lari tak nak tangkap gambar), Ikram (tukang tangkap gambar). Sebelah kanan aku tu Ashraf. Dia bukan pelajar 5 Alfa 2010 tapi pernah menjadi rakan sekelas kami sebelum tu.

Masih tak dapat mengumpulkan semua pelajar yang pernah bersama dalam kelas 5 Alfa 2010. Moga dalam pertemuan akan datang, lebih ramai akan terlibat. InsyaAllah. Asyik muka sama je yang berkumpul. Kami tetap bersyukur. Iftar ini tetap satu kejayaan.

Alhamdulillah.



3 comments:

fa said...

bestnye bila dpt reunion mcm ni :)

Syazana Zainn said...

Selamat Hari Raya Naz

:D

Maaf jika ada terkasar bahasa ye

;)

M Fizan said...

@fa of cos la best! :)

@Syazana Zainn terima kasih akak. selamat hari raya jua :)

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif