Sunday, August 4, 2013

Jinmatino


Ewah. Sempat lagi hapdet blog sambil kemas baju. Pagi esok dah nak bertolak balik kampung. InsyaAllah, kali ni aku akan memandu. Moga selamat sampai ke destinasi, Felda Air Tawar 5, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim.

Semalam baru beli baju raya. Yeaaaaayyy. Baju raya baru! Beli kat mana? Jeng jeng jeng.


Okey, ni poyo je. Aku tak memandu pun semalam. Ayah yang memandu. Aku menumpang saja di belakang. Dah lama tak tangkap gambar sendiri. Alang-alang tengah kurus sekarang kan...


Masa ni baru sampai butik Gene Martino di Tesco Stargate, Alor Star. Sebelum pening pilih baju raya, kita tangkap gambar dulu! Jurukamera? Mesti lar kakak sulung yang tersayang tu. Abaikan mannequin kat belakang tu. Sekadar pemandangan.

Kami datang lewat. Orang dah borong habis. Banyak saiz dah takde. Ada warna yang umi dan ayah suka, tapi saiz tak cukup untuk kami tujuh beranak. Aduhai... Warna lain pulak tak berapa gemar. Pilih punya pilih, aku pun dah putus asa. Ambik lah warna apa pun. Ku terima seadanya.


Haaa, tengok. Muka pasrah habis dah. ^_^ Gua udah capek. Ambik sajalah warna apa pun. Asalkan baju raya baru. Jadi warna apakah menjadi pilihan? Entahlah, tak tahu nak cakap warna apa. Kuning? Coklat? Warna yang tak dapat dikenal pasti.

Yang penting, baju raya baru. Adik-adik dan kakak dapat kasut baru. Aku? Malas nak fikir. Pakai selipar pun jadi lar. Eh, semalam rasa macam nampak cikgu aku. Pelanduk dua serupa, mungkin. Beli baju raya jugak, cikgu? 90% aku yakin itu dia. Nanti kalau jumpa, nak tanya. Itu pun kalau ingat.

Esok dah nak balik kampung. Lagu Sudirman lar malam ni.



No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif