Welcome To My Life...

Monday, April 14, 2014

Meriah

Assalamualaikum.

Alhamdulillah. Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah yang Maha Agung dan Maha Tinggi. Subhanallah wabihamdihi. Segala puji-pujian hanya bagi Dia.

Atas rahmat-Nya, majlis 'membuka' rumah Baitul Kacak berlangsung dengan sangat lancar dari persiapan sehinggalah jamuan pada hari semalam, Ahad (13 April).


We are housemates!

Persiapan sebenarnya agak terganggu dengan masalah catuan bekalan air yang masih berlarutan di Zon 4. Kami hampir memutuskan untuk menangguhkan majlis tetapi membatalkannya kerana masalah catuan ini tak akan pulih dalam masa terdekat. Poster telah dikeluarkan dan niat ini juga kami pendam sejak semester lepas lagi. Maka kami teruskan jua impian murni ini.

Persiapan awal bermula pada hari Sabtu. Operasi mengemas rumah pada sebelah pagi. Diikuti operasi menggoreng ayam pada sebelah malam. Pecutan terakhir dilakukan pada pagi Ahad. Kami bertungkus-lumus melakukan persiapan untuk mengejar masa kerana tetamu jemputan akan tiba selepas solat Asar. 

Alhamdulillah, dengan izin Allah, kami berjaya walaupun hanya 83% persiapan selesai usai solat Zohor.


Bihun sup dan ayam masak merah. Menu utama, nasi lemak dan nasi tomato. Air sirap limau. Pencuci mulut, dadih perisa strawberi dan mangga. Sedia untuk dijamah tetamu yang kelaparan.

We did it together


Kelihatan tuan rumah sedang menjamu selera. Di sebelah kiri tu penganjur bersama. Dan sebelah kanan, tetamu undangan, Zul (bukan nama sebenar). Beliau nampak ceria kerana makanan terlampau sedap. 


Selfie berjemaah. Depan sekali pun tuan rumah. Ayu sungguh.

Kumpulan usrah. Dua dari kanan tu abang naqib.




Alhamdulillah, meriah. Ada persembahan juga dari salah sorang housemate yang mendendangkan lagu M. Nasir dan Spider, Mantera Semerah Padi.


Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Moga rumah ini diberkati Allah sepanjang pengajian kami di IMU. InsyaAllah. Terima kasih kepada tetamu jemputan yang sudi hadir untuk dijamu. 



Sri Petaling
1857
14/04/2014


1 comment:

syazatty said...

Meriah ! :)
smoga diberkatiNya.
Ukhuwah Fillah..

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif