Welcome To My Life...

Friday, April 27, 2012

Formula Chelsea untuk Muslim


Assalamualaikum..

Berat tajuknya. Formula Chelsea untuk orang Islam. Sesungguhnya kemenangan Chelsea itu Allah berikan supaya orang Islam berfikir. Fikirlah bagaimana gergasi bola sepak dunia boleh ditumbangkan. Apa caranya? Sesungguhnya tanda-tanda kebesaran Allah itu ada di mana-mana dan terpulanglah kepada kehendak kita untuk berfikir. Banyak ayat al-Quran di mana firman Allah mempersoalkan adakah kita berfikir.

Banyak yang kita dapat rungkaikan rahsia Chelsea membenam ego Barcelona, satu pasukan yang dibarisi pemain-pemain terbaik dunia dan diiktiraf generasi bola sepak terhebat sepanjang zaman. Lantas di mana silapnya mereka gagal layak ke final Liga Juara-Juara Eropah sekali lagi? Sedangkan lawan mereka, Chelsea, bergelut dalam liga domestik. Terumbang-ambing, terkapar-kapar kelemasan untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

Pertama sekali adalah, taktikal genius jurulatih sementara Chelsea, Roberto di Matteo. Inilah yang perlu kita fotokopi. Penggunaan AKAL yang dikurniakan Allah. Pemimpin seperti inilah yang Islam perlukan untuk kembali menakluk dunia dan membina pemerintahan khalifah. Sedar keupayaan pemain Barca, di Matteo menggunakan pendekatan bertahan dan serang balas yang efektif. Masih ingat taktik gerila (serang hendap) Hizbullah ketika berperang dengan Israel di Lebanon? Inilah yang dimaksudkan bijaksana. Menggunakan strategi yang sesuai mengikut kondisi. Perang tidak semestinya agresif dan melulu. 

Kemudian, kita lihat KESUNGGUHAN dan KEAZAMAN kental dalam diri pemain Chelsea. Walaupun kehilangan kapten dan jeneral mereka di padang, mereka tetap utuh berjuang untuk menuju matlamat. Inilah yang perlu diterapkan dalam diri pejuang-pejuang agama Allah. Azam yang membara sehingga menggentarkan musuh.

Seterusnya, DISIPLIN barisan pertahanan Chelsea. Walaupun diserang bertalu-talu, digempur dari segenap penjuru, diasak dengan serangan padu, unit defensif Chelsea kekal teguh dan PATUH pada arahan pengurus tanpa cuba melakukan sesuatu yang bodoh. Disiplin ini yang menjatuhkan moral pemain Barca yang semakin kepenatan dalam menyerang. Peluang ini diambil pemain Chelsea melakukan serangan balas. Nampak iktibarnya?

Satu lagi yang dapat kita lihat adalah KURANG TIDAK BERMAKNA LEMAH. Lihat saja sejarah Islam di mana tentera Islam yang sedikit dapat menumbangkan tentera kafir dengan jumlah yang berkali ganda lebih ramai. Dengan semangat yang jitu, musuh yang ramai pasti akan dapat ditewaskan. PERCAYA dan YAKIN Allah bersama orang yang benar. Kekurangan seorang pemain, Chelsea masih ampuh menyaingi barisan bintang Barcelona yang memiliki kelebihan.

Di atas semua itu, kita lihat kelebihan yang dimiliki FC Barcelona. Kelebihan seorang pemain, mendahului dua gol, mendapat sepakan penalti, bintang-bintang bergemerlapan. Namun mereka masih gagal. Di mana silapnya? Kapten Chelsea, John Terry dibuang padang. Sepakan penalti Lionel Messi terkena palang. Rembatan Messi kemudiannya sekali lagi terkena tiang. Sedangkan Messi adalah pemain terbaik dunia yang sangat digeruni kemahirannya. Apa maksudnya yang cuba disampaikan? Ya, QADA' dan QADAR ALLAH

Malam itu, pemain terbaik dunia sekalipun gagal menghalang takdir Allah. Barisan idaman Barca - Messi terutamanya - melihat segala bukti menjelaskan malam itu bukan milik mereka. Palang menjadi penghalang impian. Sekuat mana pun kuasa manusia, kuasa Allah tiada bandingan. Mereka tidak dapat menandingi takdir yang telah ditetapkan Allah bahawa malam itu tidak akan membawa kegembiraan bagi mereka. 

Sejarah Islam sendiri banyak iktibar yang boleh kita pelajari. Kita ambil yang baik daripada kemenangan pasukan kafir ini. Allah memberi petunjuk untuk orang yang berfikir. Renung-renungkan. Janji Allah pasti tiba. 











p palang s : Harap mesej sampai..

 

8 comments:

Sarah Mohd Saleh said...

idup chelseaaa!yayyyyy!

eyjalukman said...

wahhh nice post :)

tgk bola pun kita boleh ingt pd Allah . thanks sbb share fikiran anda :)

mirmashi94 said...

peminat chelsea ? hehe :D

kreatif . if only all muslim can think like u did ^^ . sila abaikan grammar , saje bajet boleh skipping >.< .

p palang s : mesej tu sampai pada saya , insyaAllah ;)

msredcheesecake said...

Yang baik itu kita ambil tak kiralah dari siapa.... Tak oernah tengok bola dari sudut ini....

Anonymous said...

nice entry nazif.
:)

aydah ahmad said...

ego sgt pun tak boleh , jangan terlalu berlagak . kan

btw , im one of CHELSEA FANS :)

M Fizan said...

@Sarah Mohd Saleh hehe..mesej gagal sampai..>.<

@eyjalukman sama-sama.. thanks eyja.. kita buat apa pun ada tanda kebesaran Allah :))

@mirmashi94 hehe..tak. tapi lihat kejayaan mereka membenam barca. alhamdulillah kalau mesej berjaya sampai :)

M Fizan said...

@msredcheesecake hehe.. Allah memberikan petunjuk di mana saja.. kadang-kadang kita terlalu leka untuk sedar..

@chemay thanks chemay :))

@aydah ahmad hehe.. mesej ini bukan menyokong chelsea :D

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif