Welcome To My Life...

Sunday, April 8, 2012

Kenapa Dengan Bawaku Pergi?


Assalamualaikum..
Salam sejahtera..

Tadi Lelaki Dari Marikh terkejut membaca berita lagu kegemaran aku iaitu "Bawaku Pergi" dendangan Kaka dan Zizan akan diharamkan oleh kerajaan Malaysia kerana lirik yang mengandungi unsur-unsur negatif. Apa dia? Mendorong remaja lari dari rumah? Kalau remaja nak lari dari rumah, bukan sebab lirik lagu. Lagu tu cuma dicipta untuk hiburan rakyat Malaysia. Ada apa dengan lirik lagu tersebut?

Penulis lirik (Malique) menjelaskan beliau bercerita tentang impian menawan puncak Himalaya dan mencari yeti di sana. Lirik tersebut juga ada menyebut tentang "buku merah" yang dikatakan merujuk kepada pasport.

Hmm. Secara peribadi, aku rasa tiada apa yang tak kena dengan lagu tersebut. Melodinya 'menangkap' (catchy), liriknya puitis dan mempunyai maksud tersirat. Gabungan seni yang aku nikmati setiap hari. Alunan muzik yang menenangkan.

"Bawa aku pergi, pacu laju lagi, kita lari dari realiti". Langsung tak mengajak remaja lari dari rumah. Pemikiran tu janganlah terlalu sempit. Persoalan dalam konteks lebih luas, macam mana remaja nak lari dari rumah ke luar negara? Apa yang mereka ada?










p tendang s : Macam-macam hal..


3 comments:

msredcheesecake said...

Saya pun kurang setuju kalau lagu itu disalah kan dengan peningkatan kes lari rumah.... Apa releven nya?

Unknown said...

Biasalah. Kerajaan memang ada masalah dengan benda macam ni. Kalau lagu yang dah sah-sah lucah dari luar negara tak menjadi salah pun. Umno terus mara, untuk rakyat Malaysia.. Hahahahaha.

M Fizan said...

@msredcheesecake huhu..takda apa kaitan....

@Romeo Laut hahahaha..jahanam negara...

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif