Welcome To My Life...

Tuesday, December 25, 2012

Hampir Sangat


Hampir sangat. Begitu dekat. Nyaris sekali. Dan segala perkataan yang sama waktu dengannya. 

Aku nyaris kemalangan ketika memandu pulang dari kampung halaman. Aku dalam perjalanan pulang ke Changlun (Kedah) dari Kota Tinggi (Johor) ketika ayah aku akhirnya membenarkan aku untuk memandu di lebuh raya kerana dia mengantuk. Ya, ini kali pertama aku memandu di jalan yang sibuk dan berliku.

Tak salah aku, ketika itu di Perak. Selepas terowong. 


Kereta biru dengan pangkah jingga tu kereta aku. Kereta merah di depan tu sangat pelan nak mampus macam kura-kura. Mungkin tuk kura lebih laju dari pemandu kereta berkenaan. Aku nak memotong kerana bengang dengan keperlahanan yang sangat melampau. Aku biarkan kereta hijau tu berlalu terlebih dahulu.

Aku tak perasan langsung kehadiran kereta merah jambu di belakang kereta hijau. Jangan tanya kenapa aku tak sedar. Mungkin pandangan aku dilindungi sementara. Sebaik saja aku melintas garis putus-putus, mujurlah... ya mujur sekali aku melihat cermin pandang sisi untuk memeriksa buat kali terakhir jika ada kereta di belakang.

Syukurlah, Allah membuka penglihatan aku yang dilindungi sebelum tu. Aku melihat kereta Mercedes sedang memecut begitu tersangat amat laju dan sedang bersedia untuk menghentam belakang kereta aku. Aku berjaya masuk semula ke sebelah kiri jalan dengan mendapat hadiah hon dari pemandu terbabit. Salah aku. 

Aku terselamat. Berkat doa yang aku baca sebelum mula memandu. Dengan izin Allah, aku masih dapat menaip entri untuk blog Lelaki Dari Marikh. Jika tidak, mungkin blog ini akan tinggal bersawang tanpa diketahui ke mana pemiliknya menghilang. 

Moral of the story, jangan mudah hilang sabar seperti aku. Nak sangat potong kereta kura-kura, aku yang hampir jadi mangsa. Kedua, memandulah dengan berhemah. Ingat orang yang tersayang. Anda mampu mengubahnya.

Nota kaki: Warna-warna kereta sekadar untuk membezakan dan memudahkan pembaca. Tidak ada kaitan dengan warna sebenar kenderaan yang terpaksa dirahsiakan atas sebab-sebab teknikal. 

Alhamdulillah, aku masih diberi peluang untuk bernafas. Kepada Dia aku memanjatkan kesyukuran.











p sepak s : Fuhhh..

7 comments:

Hidayu Bolia said...

Alhamdulillah..syukur....

elok2 mandu lain kali...:)

Syazana Zainn said...

kat ipoh?

umah ahkak kat jelapang tu je.

b4 terowong tu.

awat tak habaq? boleh mai umah.haha

Nik said...

lain kali hati2 yea. lagi2 bab memotong tu. selalu org accident sebab mcm tu la.

نورعيم said...

haihh lain kali hati2 tau. kt jln raya ni kita taktahu apa jd.

Addia Azizan said...

sujud syukur bro..
hidup lagi :P

M Fizan said...

@Ayumi Comot in shaa Allah. :)

@Syazana Zainn hahaha. akak baru habaq...

@nik ros cuai tak tengok blind spot. in shaa Allah :)

M Fizan said...

@نورعيم tu la pasal. seram.

@Double Dee yup, sudah :)

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif