Welcome To My Life...

Friday, December 7, 2012

Pesanan Untuk Rakyat Malaysia


Hati ini buntu. Bingung dan tertanya-tanya. Atas dasar apa? Apa penanda arasnya? Dan tiada jawapan untuk ditemui terhadap persoalan yang mencengkam. Mengapa ada rakyat Malaysia yang ragu kemampuan Malaysia untuk menentang Thailand?

Ya, aku berbicara tentang semi-final Piala AFF Suzuki 2012.


Semalam aku melihat komen-komen balas terhadap satu post oleh admin. FB page penyokong bola sepak Malaysia. Aku lihat ada yang positif. Tetapi masih ramai yang negatif akan kebolehan skuad kendalian K. Rajagobal.

Alasan? Thailand antara pasukan terkuat Asia. Ya, itu dulu. Walaupun ranking membuktikan Malaysia masih berada di bawah Thailand, tetapi itu kerana Malaysia tidak konsisten dalam aksi antarabangsa. Lupakah rakyat Malaysia yang pesimis ini siapa Malaysia di Asia Tenggara?

Malaysia kuasa bola sepak di rantau ini. Tiga tahun berturut-turut, Malaysia bertakhta di pentas tertinggi bola sepak ASEAN. Siapa juara Sukan SEA 2009? Pemenang Piala AFF Suzuki 2010? Pasukan mana merangkul pingat emas Sukan SEA 2011? Masihkah kau ingat?

Kalau sekali, mungkin nasib semata-mata. Kalau dua kali, masih tidak membuktikan apa-apa. Jika tiga kali bermaharajalela di puncak kemasyhuran bola sepak Asia Tenggara?

Pada hari perlawanan, sejarah dan apa saja di atas kertas sudah hilang nilainya. Ya, kita boleh lupakan status Malaysia sebagai raja bola sepak ASEAN untuk tiga tahun yang lalu. Namun, itu juga bermakna Thailand tidak sekuat mana di atas padang apabila permainan berlangsung.

Thailand gagah dan Gajah Putih hebat, itu cuma di minda kita. Jika mentaliti kita kuat, kita boleh melakukannya. Jika kita percaya, tiada siapa mampu menghalang kita. Usah pesimis wahai rakyat Malaysia.

Memang kita harus realistik. Tanpa beberapa tonggak utama yang tercedera (simpati buat Wan Zack Haikal yang terlepas aksi separuh akhir), sukar untuk bersikap optimis. Teruskan berdoa, tiada siapa tahu perancangan Allah.

Jika kita sendiri tidak yakin kita mampu menang, siapa lagi?













p peluk s : Gempur Harimau gempur..


6 comments:

Syazana Zainn said...

selamanya harimau malaya :D

Mohd Zakwan Zain said...

bangun... bangun ... bangun harimau bangun...
semoga skuad k rajagobal berjaya! first time singgah sini.. nice blog btw :)

Jemput singgah blog zakwanzain [dot] com ye...

Hidayu Bolia said...

bola sepak malaysia....

do ur best:)

M Fizan said...

@Syazana Zainn selama-lamanya :D

@Mohd Zakwan thanks a lot sudi singgah. malaysia pasti boleh! :)

@Ayumi Comot malaysia juara aff 2012.

Nik said...

selamanya harimau malaya
kita kena la jadi penyokong yg setia walaupun kalah atau menang.

M Fizan said...

@nik ros yeah. kalau atau menang, kita tetap sokong malaysia :D

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif