Welcome To My Life...

Friday, December 14, 2012

Wajib Adil


Pengadil mesti lar adil. Kalau tak adil, jangan jadi pengadil. Jadi penidakadil. Eh, apa benda alah tu? *sigh

Sekarang, rakyat Malaysia sangat anti dengan Lee Min-Hu. Dengar je nama pengadil K-Pop muka taiko gangster tu dah cukup untuk buat penumbuk kita dikepal. Macam kawan aku cakap semalam, "lintas je pintu sempadan Siam, bersepai Taiko Lee". Jangan dia ingat dia muka gangster kita takut nak jentik telinga.

Aku sangkakan aku sorang je sedar pengadil tu sangat lar tidak adil lagi berat sebelah pengadilannya. Hari ni hampir semua akhbar di Malaysia menceritakan kisah pengadil tak kacak yang menjadi femes secara mengejut. 

Aku tak main lar cakap kosong ni. Nah bukti!


Sumber: Utusan

Sememangnya kad kuning kedua sangat tidak wajar. Kad kuning pertama pula lagi tidak sepatutnya diberikan. Kekasaran Fadhli Shas adalah yang pertama dan seharusnya dia hanya diberikan amaran lisan. Itu peraturan #1 yang dilupakan oleh pengadil yang sangat tegas. Mungkin cuba meyakinkan kita bahawa dia sangat gangster dengan ketegasan tanpa kompromi.



Kita semua sedar, Datsakorn (jersi nombor 7 Thailand) terlebih dulu melakukan provokasi. Pengadil tak nampak hakikat tersebut. Sepatunya hanya Datsakorn menerima kad kuning. *sigh


Dosa seterusnya dari pengadil Korea yang mabuk tomyam adalah kegagalan melayangkan kad kuning kedua untuk Phichitphong. Aku sedar situasi ni semalam. Kaki diangkat terlalu tinggi dan membahayakan Baddrol Bakhtiar. Ketika itu pemain dengan rambut bajet stailo dari Thailand tersebut sudah menerima kad kuning. Satu lagi dan 10 vs 10. Kalau Fadhli kena, Phichitphong WAJIB kena.


Sumber: The Star

Banyak keputusan yang boleh dipertikaikan. Setiap perebutan bola di udara pasti wisel dibunyikan. Pemain Thailand langsung tak ada usaha untuk melompat. Pemain Malaysia yang melompat terpaksa melanggar pemain Thailand. Beberapa kali pula pemain Thailand yang kasar terlepas daripada hukuman. Dem!


Sumber: The Star

Tak cukup cara kasar (bagi padang tadika untuk latihan), kemungkinan Thailand juga guna cara halus (bomoh Siam). Haha, inilah teori konspirasi. Gary yang bermain baik dalam separuh akhir pertama di Bukit Jalil, tidak dapat diturunkan. Bagaimana jika Gary ada?

Itu semua hanya 'jika' dan 'kalau'. Walaupun Thailand bermain lebih baik di tempat sendiri semalam, situasi pasti berbeza jika 11 vs 11 (Fadhli tidak dibuang padang) atau 10 vs 10 (Phichitphong juga dibuang padang) atau 11 vs 10 menyebelahi Malaysia (Fadhli tak wajar dapat kad merah, Phichitphong sangat wajar). Kalaupun tidak 100% kekalahan Malaysia berpunca daripada ketidakadilan pengadil Korea, mungkin 70%.

Kad merah kepada Fadhli Shas memang sangat memberi kesan. Dia adalah tonggak pertahanan sejak tiga tahun lepas. Kita sepatutnya menyalahkan diri sendiri kerana mempersiakan peluang yang turut kita miliki (di Bukit Jalil sebagai contoh). Faktor tiada rezeki dan tuah tidak menyebelahi juga memainkan peranan.

Jangan lupa, kita penyandang juara Sukan SEA (2009 & 2011). Lupakan apa yang telah berlaku, dan tumpukan kepada permainan kita sendiri, supaya ketidakadilan pengadil pun tidak mampu menghalang kemaraan Harimau Malaya.













p sepak s : Somtam punya pengadil...


8 comments:

Syazana Zainn said...

reff kepop 2 saiko.

Memang rasa nak sepak je perut dia 2.

Anonymous said...

geram gilaaa makwe tengok bola semalam tau pakwe.
last2 pergi mengamuk dekat tuiter.
hahaha

نورعيم said...

betul la, sy ni perempuan minat bola tp tak pandai pn. kihkih tp obvious sgt pengadil tu bias.

yela, kalah ttp kalah tp pengadil tu tetap slaah satu puncanya.

pengadil tu ruins the game la.mmg nampak games terabur bila fadhli shahs tu keluar.haihh, mmg la pengadil tu!

teha said...

anggap jee rezeki thailand time tu ! hee :)

dear yayah said...

amboi, mrh bebeno.. huhu.. xpela. anggap je kli ni sbg pengajaran buat kesekian kalinya..

shahnonsalleh said...

adelah bahana nyer tue nant dia tercekik tomyum ker???

BTW, memang reff nie sorang ker yang bias nak mampus, reff yg lenn

Pwincess said...

Panas je tengok. Melampau betul referee tu.

M Fizan said...

@Syazana Zainn pijak dia kalau sampai depan mata. haha

@chemay nak follow tuiter....haha

@نورعيم it would be a different game should fadhli remain. *sigh

@teha huu. too hard.

@dear yayah malaysia tak belajar2 dari kesilapan. terutama tok raja

@shahnonsalleh memang patut tercekik tomyam!

@Nurulee sampai sekarang panas lagi. berapi ni.

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif