Ada lori ada bas,
Satu hari aku balas.
Haha. Dem! Hari ni kawan-kawan kelas pekena aku. Budak-budak laki yang diam-diam pekena kawan. Sampai hati mereka. Tanpa diskusi, melantik aku jadi class rep. Ah, aku terjerat.
Pagi tadi sungguh cerah. Panas kusangka hingga ke petang, rupanya hujan sebelum tengah hari. Cis betul. Hari ni aku melangkah ke kelas pertama sem terakhir dengan riang. Nak tengok kertas peperiksaan aku yang dapat gred bagus. Alhamdulillah, dalam bersyukur, ada rasa tak sabar yang tak patut dicontohi.
Subjek Kimia dulu. Aku masih belum sedar ada perangkap menanti. Aku masih sempat makan bihun goreng sebelum kelas bermula. Dalam diam, ada bahaya. Dalam senyap, ada konspirasi rupanya. Aku masih rileks kerana baru hari pertama. Tak ada apa yang perlu distreskan. Ah, panjang betul mukadimah aku.
Selepas dua jam, masa untuk kelas Biologi pula. Dan ketika itu baru aku sedar, aku telah disabotaj. Ketika pensyarah bertanya siapakah gerangan wakil kelas yang kacak bergaya lagi tampan macho bla bla bla, sepakat budak laki menyebut nama aku. Nampak tak permainan diorang?
Aku pun menolak dengan baik kerana aku tak merasa aku cukup bertanggungjawab untuk memikul tugas berat ini. Tapi atas desakan dan pujukan pensyarah Biologi yang baik tu, aku menerima kerana tidak mahu memanjangkan kes.
Sebelah hati aku menyumpah budak-budak tersebut. Cis cus cas punya kanak-kanak ribena. Sebelah lagi hati aku bersyukur kerana diberikan peluang untuk menjadi lebih bertanggungjawab. Yalah kan, asyik dipimpin, bila lagi nak memimpin.
Aku cuma takut. Ini amanah Allah. Aku tak mahu gagal menjawab soalan Allah di hari pembalasan nanti kerna tidak menjadi ketua yang baik dan berdedikasi. Memegang amanah, perkara yang paling berat di dunia.
Moga aku tabah memikul amanah ini.
p sepak s : Siap lar bebudak tu...
1 comment:
haha best pe jd class rep :p
dulu cuma mmpu jd ceti class je.haha
Post a Comment