Welcome To My Life...

Friday, August 25, 2017

Cerita Dalam Cerita: Malaysia 3-1 Laos

Assalamualaikum.

Rabu, 23 Ogos 2017. Perlawanan terakhir untuk Kumpulan A. Apakah nasib pasukan bola sepak Malaysia? Mampukah mereka terus unggul meneruskan misi merangkul 'ibu' segala pingat di temasya sukan Asia Tenggara. 

PRA-PERLAWANAN
Malaysia sudah mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas menewaskan Myanmar dalam perlawanan ketiga. Malaysia menang ketiga-tiga aksi peringkat kumpulan dengan mengalahkan Brunei 2-1, Singapura 2-1, dan Myanmar 3-1. Malaysia hanya perlu seri menentang Laos untuk menjuarai kumpulan dan mengelak pemenang kumpulan B.

BARISAN PEMAIN
Seperti dijangka, Dato' Ong Kim Swee merehatkan para pemain utamanya menjelang aksi separuh akhir. Hanya Adib Zainuddin, Irfan Zakaria dan N. Thanabalan dikekalkan. Ifwat Akmal menggantikan Haziq Nadzli sebagai penjaga gol Malaysia. Jafri Firdaus Chew diberikan peluang untuk meyakinkan OKS sebagai penyerang bersama Syafiq Ahmad. 

GOL PERTAMA
Gol yang ditunggu-tunggu akhirnya dijaringkan oleh Jafri Firdaus Chew. Hantaran silang dari sebelah kanan ditanduk Syafiq Ahmad ke palang. Bola melantun ke kawasan penalti semula dan Jafri bertindak paling pantas dengan penyudah tepat ke penjuru bawah. Reaksi cemerlang dari Jafri.

GOL PENYAMAAN
Pemain Myanmar dijatuhkan sedikit di luar kotak penalti. Sepakan percuma itu terkena tiang sebelum masuk ke gawang gol Malaysia. Tiada apa yang dapat dilakukan Ifwat Akmal. Beban kesalahan itu terletak pada pemain Malaysia yang melakukan kekasaran.

GOL KEDUA
Kapten, Adib Zainuddin, yang menyebabkan gol saguhati Myanmar sebelum ini menebuh kesalahannya dengan meledak gol kedua dalam perlawanan ini. Adib yang berada di sayap kanan melakukan rembatan jarak jauh yang terbias pertahanan lawan dan menewaskan penjaga gol Laos.

GOL KETIGA
Serangan bertali arus pasukan Malaysia tidak menghasilkan gol tambahan sehingga hantaran lintang Syafiq Ahmad dari sayap kanan disepak Jafri Firdaus Chew untuk menewaskan penjaga gol lawan. Gol yang mengesahkan status Malaysia selaku pemenang kumpulan.

PASCA PERLAWANAN
Kejayaan Malaysia memenangi Kumpulan A menyaksikan Malaysia akan bertemu naib juara Kumpulan B. Esoknya Thailand menewaskan Vietnam 3-0 untuk menjuarai Kumpulan B dan mengelak dari bertemu Malaysia. Indonesia yang mengiringi Thailand terpaksa berdepan tuan rumah yang sedang bersemangat untuk memenangi 'ibu' segala pingat di bumi sendiri.

Negara kita, cara kita. Ayuh Malaysiaku!

THIS IS OUR HOME!



No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif