Welcome To My Life...

Friday, August 31, 2012

Kumpulan Neraka

Assalamualaikum.


Semalam undian untuk Liga Juara-Juara Eropah musim 2012/2013 telah berlangsung. Liga paling berprestij dalam kalendar bola sepak telah kembali untuk musim yang baru bermula pertengahan September ini. Arsenal, AC Milan, Chelsea, Bayern Munich, Barcelona dan Manchester United mendapat laluan mudah dan dijangka tidak sukar untuk melepasi peringkat kumpulan untuk ke saingan pusingan kalah mati.


Diorang ni semua dibahagikan dari empat mangkuk (pot). Pot A adalah pot heavyweights atau senang dikatakan pilihan-pilihan utama. Semua pasukan dalam setiap pot tidak akan bertembung sesama sendiri dalam peringkat kumpulan. Pasukan dari negara yang sama juga tidak akan bersaing dalam kumpulan yang sama. Setiap kumpulan akan diisi oleh satu pasukan dari setiap pot.


 Ini adalah tiga pemain yang disenarai pendek untuk menjadi Pemain Terbaik Eropah. Kebetulan gambar ni menunjukkan susunan pemenangnya. Andres Iniesta dari kelab FC Barcelona muncul pemenang setelah membantu Sepanyol mempertahankan kejuaraan Euro. Dia menjadi pemain terbaik dengan mendapat 19 undian. Lionel Messi yang juga dari FC Barcelona dan Cristiano Ronaldo dari kelab Real Madrid berkongsi 17 undian untuk akur kepada Iniesta.


Malang sekali buat juara empat liga utama Eropah, diorang akan bertembung sesama sendiri. La Liga, EPL, Erediviese dan Bundesliga musim lalu akan berentap untuk merebut hanya dua slot ke Round of 16. Kumpulan D adalah kumpulan paling sukar musim ini. Bukan hanya tiga pasukan akan merebut dua tempat untuk mara, tetapi kesemua pasukan dalam kumpulan memiliki peluang dan tidak boleh dipandang rendah. Ajax mungkin dilihat paling lemah tetapi sejarah dan tradisi diorang dalam kejohanan ini membuktikan kemungkinan diorang mara tetap ada.

Aku akan buat prebiu peringkat kumpulan dalam entri yang akan datang dengan kajian lebih terperinci setiap pasukan dalam semua kumpulan A-H. Aku akan meletakkan pandangan aku tentang pasukan mana yang berpeluang untuk mara, termasuk dari kumpulan neraka iaitu Kumpulan D. Kumpulan tu tak patut dipanggil kumpulan maut lagi. Terlalu sukar untuk mengatakan pasukan mana yang berhak mara. Kumpulan sarat bintang dan sejarah.

Aku lega kerana pasukan kesayangan aku, Manchester United, mendapat undian mudah. Namun lawan yang lemah tidak boleh dipandang rendah kerana undian yang hampir serupa diterima musim lepas ketika United tersungkur layu di peringkat kumpulan. Situasi berbeza musim ini dengan United memiliki beberapa penyerang berwibawa yang boleh disandarkan harapan untuk meledak. Korang tak percaya? Nantikan. ^_^










p peluk s : Tunggu dan lihat..


2 comments:

shahnonsalleh said...

semangat bola sungguh nazif nie...

M Fizan said...

@unknown football is my passion :D

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif