Welcome To My Life...

Friday, August 10, 2012

Raja Pecut Dunia

Assalamualaikum.

Betapa hebat kuasa Ilahi. Tak terjangkau pemikiran manusia.

Berapa pantas manusia mampu berlari terus menjadi persoalan selepas lelaki terpantas dunia mengekalkan gelaran raja pecut Olimpik. 3 emas Beijing 2008, 2 emas Beijing 2012. Masih ada satu acara lagi menanti untuk dia membolot kesemua emas dalam acara pecut. Dua rekod dunia dalam genggamannya, Usain Bolt tidak syak lagi adalah Raja Pecut Sepanjang Zaman. Memiliki ketinggian luar biasa bagi pelari pecut, Bolt sering bermula perlahan tetapi langkahan panjangnya sukar disaingi lawan.

Aku menjadi saksi. Sepasang mata ciptaan Ilahi ini menyaksikan secara langsung bagaimana Bolt jauh meninggalkan musuhnya dalam acara 200 meter awal pagi tadi. Rakan senegara, Yohan Blake paling hampir dengannya. Ketika Blake berhempas pulas mengerah segala tenaga yang ada dalam tubuhnya, Bolt memperlahankan larian pada 30 meter terakhir dan sempat meletakkan jari di mulutnya ketika Blake cuba memintas. Malangnya, Bolt telah membuka jarak yang cukup untuk dia mengarahkan semua pengkritiknya agar menutup mulut. Dia telah membuktikan statusnya sebagai legenda.

Jamaica semakin unggul. Selepas penamat 1-2 dalam acara 100 meter, Bolt dan Blake sekali lagi mengungguli emas dan perak. Dominasi Jamaica bertambah gemilang dengan Warren Weir melengkapkan penguasaan total 1-2-3.


Bolt begitu angkuh. Selepas memperlahankan larian untuk menunjukkan kepantasannya tidak dapat ditandingi, Bolt membuktikan pula tenaganya masih cukup ketika musuhnya sudah setengah mati. Bolt masih sempat melakukan tekan tubi lima kali ketika Blake menghampirinya untuk sama-sama meraikan kejayaan Jamaica. Itu adalah amaran Bolt kepada semua pencabarnya.


Dia belum beraksi pada tahap terbaik dalam acara kegemarannya, 200 meter. Dia masih sempat berjenaka ketika menuju garisan penamat. Dia telah memperlahankan larian. Dia masih boleh berlari lebih pantas. Dan misteri berapa pantas manusia mampu berlari terus menjadi tanda tanya. Aku percaya Bolt boleh mencatat masa kurang 19 saat. Dia mampu jika dia memanfaatkan segala tenaganya.


Hasratnya untuk mencapai status legenda telah sempurna. Atlet pertama mempertahankan pingat emas Olimpik dalam kedua-dua acara pecut. Kini dia boleh mencipta sejarah baru. Satu lagi pingat emas dalam acara 4x100 meter berganti-ganti untuk mempertahankan semua pingat emasnya di Beijing 2008 akan menjadikan sejarah itu kebal dan mustahil untuk diperbaharui.

Enam emas. Seorang legenda.











p palang s : The Lightning Bolt..


4 comments:

Syazana Zainn said...

bolt ni mmg hebat.

mcm kat kaki dia tu pakai enjin jek ;p


p/s: dah lama tak singgah sini..hikhik

teha said...

fuhh ! mmg laju laa si bolt nie !

Unknown said...

dye ni orang ISlam ke ? =.=

M Fizan said...

@Syazana Zainn sejak jadi pencerpen ni, tak singgah dah blog picisan.... :D

@teha laju gila. entah ada genetik apa. :D

@RealNS rasanya tak :)

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif