Assalamualaikum..
Lebih sedekad lalu
Tiga belas tahun dulu, aku baru berusia enam tahun. Ketika ini penderaan orang gaji masih di peringkat awal. Sudah mula timbul bibit-bibit kekejaman manusia terhadap makhluk sebangsa. Nilai kemanusiaan mula terhakis seiring peredaran zaman menuju era milenium. Arus modenisasi membadai kehidupan manusia dan menghanyutkan mereka yang mudah terleka.
Aku masih ingat kisah itu. Amah jiranku melarikan diri ke rumahku kerana tidak tahan didera. Aku yang masih kecil mula memahami satu hakikat. Rambut sama hitam, hati lain-lain. Amah ketika itu sering ditindas dan dizalimi majikan. Mereka sering melarikan diri kerana tidak tahan didera siang dan malam.
Masa beredar
Semakin ramai amah melarikan diri. Bukan saja kerana didera. Tidak didera pun mereka lesap. Bersama harta benda majikan. Malah ada kes anak majikan turut hilang bersama. Realiti yang membuatkan aku menggelengkan kepala dalam proses menuju kedewasaan.
Lebih sedekad kemudian
Hari ini 16 Mac 2012. Terpampang di muka depan akhbar Kosmo. Amah dilayan seperti tuan. Menerima gaji minimum sebulan RM 700. Untuk SATU KERJA SAHAJA! Mengapa aku tekankan perkataan itu? Dulu amah diseksa melakukan semua kerja. Jaga anak majikan, basuh baju, kemas rumah, memasak, dan semua jenis kerja berat. Gaji pula rendah. Kini realiti sudah berubah. Amah digaji hanya untuk satu kerja. Jika memasak, tidak perlu mengemas rumah.
Bermakna seorang majikan perlu menggaji beberapa orang amah jika terlalu malas. Malah amah hanya kerja pada waktu pejabat. Malam tidak boleh diganggu dalam sesetengah kes. Mereka cuti pada hujung minggu. Jika begini, aku juga ingin bekerja sebagai amah. Mudah dan senang. ^_^
Akan datang
Mungkinkah amah akan menerima gaji permulaan setinggi pensyarah berpendidikan tinggi? Siapa tahu? Jika dunia ketika ini sudah boleh dikatakan gila, bagaimana dengan masa depannya? Renung-renungkan...
p palang s : Tak masuk akal..

9 comments:
kan sekrgn ada program amah berdiploma. aku terbayangkan amah yang pakai office attire. hahaha.. cool jugak la kan.
@Hanie Dew hahaha.. kalau berdiploma takpe.. ni yang takde pendidikan.. what the fish?
tu yang tak best tu.org penat penat blajar tinggi tinggi last last gaji sama ngan amah.bukan la nak ckp blajar utk duit cuma perumpamaan terdekat. kan.
kalau mcm tu cekgu pun kene bagi dorang mengajar aje, tak pyh beratkan dgn keje² lain. huhu.
dah sama taraf dengan org SPM plak kan
perempuan skrang lebih suka bekerja.. so, terpaksa lah
lagi berbaloi kite sekeluarga sesama kerja ringan kn keje umah.. save money sikit
@Hanie Dew yup. belajar tinggi-tinggi, akhirnya gaji sama dengan amah seberang tak berpendidikan.. apehal?
@9n0L4 huhu. yang tu setuju!! cikgu mendidik sudah.
@inche hlovate sekarang SPM.. akan datang sama dengan org PHD!!
@alya_sygs huhu. rumah tangga yang baik bila perempuan menjaganya dan suami mencari nafkah. sama-sama fikirkan.
@mira maisara yeah, itu cadangan terbaik.. sama-sama jaga rumah tangga, tak perlu amah amoh amih ni.
Post a Comment