Welcome To My Life...

Monday, March 19, 2012

Imagine You Are Them



Assalamualaikum...

Tahniah diucapkan kepada kumpulan Shiro yang telah menjuarai Raja Lawak musim keenam. Pada awalnya aku penonton neutral. Tetapi akhirnya aku tidak dapat mengelak daripada menjadi peminat diorang. Ketika para peserta lain berhempas pulas cuba menghiburkan penonton, diorang berjaya menggeletek hati penonton secara konsisten. Begitu juga naib juara iaitu kumpulan Zero, barisan adik-beradik dari Kudat, Sabah. Diorang sememangnya layak berada di kedudukan teratas.


Shiro dalam gambar pertama adalah anjing Shin Chan. Ini kumpulan Shiro, juara Raja Lawak 6 yang sebenarnya. Nak buat macam mana, aku Google search mula-mula dapat gambar anjing Shin Chan. Hewhew ^_^

Okey, entri ni diterbitkan lewat bukan semata-mata untuk mengucapkan tahniah kepada juara dan naib juara. Tetapi untuk mengkritik sikap orang kita. Ya, orang kita yang sesuki jantung dan limpa menempelak para peserta yang tersingkir lebih awal kerana tidak lucu.

Di manakah letaknya sifat empati kita? Cuba kita letakkan diri kita dalam 'kasut' diorang. Cuba bayangkan kita dalam situasi diorang sebelum kita begitu mudah mengata. Bukan mudah untuk membuat orang lain ketawa. Malah lebih sukar membuat semua orang ketawa. Berpeluh sampai banjir satu Malaysia pun belum tentu boleh.

Seorang pelawak juga tak mampu menghiburkan semua golongan. Mungkin ada. Mungkin satu dalam sejuta. Permata yang sukar dicari ganti. Aku suka gandingan Johan dan Zizan yang begitu mantap. Jika kita masih bernafas ketika zaman pelawak-pelawak hebat muncul, hargailah peluang itu.

Bukan mudah mencari idea untuk berlawak. Itu yang kita perlu faham. Hargai usaha diorang. Bukan memaksa diri untuk ketawa. Tapi janganlah begitu mudah mencerca. Sekurang-kurangnya diorang mencuba.

Persembahan Shiro untuk tugasan pertama minggu akhir sangat-sangat mencuit hati aku. Korang boleh lar cari di Youtube untuk menonton buat kali pertama atau menonton semula. Selamat berhibur! ^_^












p palang s : Imagine we are them...


5 comments:

Anonymous said...

tak dapat tengok langsung raja lawak musim baru ni.
chemay kat kolej takde astro.
nak bukak youtube malas pulak.
:(

Hanie Dew said...

Aku tak folo sgt raja lawak kali ni.sama ada tak berkesempatan sbb balk keje penat alasan padahal bole je tgk kt utube..atau xde feel.aku antara golongan yg ckp raja lawa kali ni xberapa nak mencuit hati aku.hati org lain mungkin.tp bila fkir blk mmg susah nak buat org ketwa.apalagi nak buat org ketawa sampai tak ckup nafas. Salute kat pelawak pelawak yg byk idea nak buat org gelak ni.

Abu Bagi said...

serius payah gila nak buat lawak yg dirancang banding yg spontan..
wah lma tak singgah sini..

M Fizan said...

@chemay kena lar rajin.... ^^

@Hanie Dew tabik spring.. memang susah teramat sangat.. terima kasih atas pandangan ^_^

M Fizan said...

@ABU tu la.. lama tak nampak ABU.. lawak spontan pun payah kan.. hewhew

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif