Welcome To My Life...

Monday, March 12, 2012

Sweet Dream

Entri bola.. jangan klik pangkah.. tak berminat, sila TEKAN NI..

Assalamualaikum..

Sementara menanti perlawanan akhir All England antara Lee Chong Wei vs Lin Dan yang akan bermula sebentar lagi, aku nak sebarkan kegembiraan aku ke seantero dunia.. haha.. tadi ada dua perlawanan Liga Perdana Inggeris berlangsung melibatkan dua kelab dari bandar Manchester yang sedang menguasai carta liga..

Keputusan kedua-dua perlawanan hari ini mungkin mengubah destinasi trofi liga.. tahniah kepada Manchester United.. mereka kembali bertakhta di puncak liga.. City pula tewas untuk kehilangan posisi nombor satu dan kini mengekori United dengan satu mata..

Manchester United 2-0 West Bromwich Albion
Swansea City 1-0 Manchester City

Kedua-dua tuan rumah menang.. malang buat para penyokong Manchester City, pasukan mereka tumbang di gelanggang lawan selepas dibenam jaringan pemain gantian, Luke Moore pada minit ke-83.. supersub yang tidak dikawal menanduk kencang melepasi Joe Hart..

Aku sampai ke peringkat menulis entri ni kerana hari ni aku betul-betul puas hati dengan aksi Manchester United, pasukan kegemaran aku.. walaupun aku penyokong tegar dan fanatik, aku tak dapat menafikan walau dengan apa hujah sekalipun, United beraksi buruk dalam beberapa perlawanan terakhir sebelum ni.. dan syukurlah United masih mampu menamatkan perlawanan selaku pemenang kecuali perlawanan terakhir di mana United tewas 2-3 kepada Athletic Bilbao di gelanggang sendiri..

West Brom beraksi hebat sejak akhir-akhir ini.. tapi sebentar tadi United terlalu gagah untuk ditandingi.. baru hari ni aku dapat melihat Manchester United seperti mana mereka selayaknya beraksi.. sebelum ni, aku selaku peminat setia sangat kecewa dengan aksi longlai mereka.. tidak lagi malam ini.. aksi yang memukau, permainan sepasukan yang lancar dan serangan bertali-arus.. INI BARU BETUL-BETUL MANCHESTER UNITED!!

Secara kasar, jumlah percubaan 20-7 memihak kepada United.. dan aku rasa 2-0 tidak menggambarkan situasi sebenar permainan di mana United dengan mudah boleh menang 10-0 jika Javier Hernandez dan Danny Welbeck lebih bernasib baik.. malang sekali, hari ini bukan milik mereka berdua.. Welbeck mengulangi nasib buruk Fernando Torres (Chelsea) apabila terlepas peluang sedangkan pintu gol ternganga luas.. Chicharito (Hernandez) pula kurang bernasib baik.. deretan peluang keemasan dipersiakan termasuk satu rembatan terkena tiang dan satu lagi sepakan melambung tinggi dari jarak enam ela..

Boleh dikatakan semua pemain beraksi cemerlang.. Jones-Evans-Ferdinand-Evra membina satu rangkaian pertahanan kental dan mantap.. de Gea begitu tenang di antara dua tiang.. jarang diuji tetapi apabila diperlukan, dua aksi menyelamat berkualiti dihasilkan.. Welbeck-Scholes-Carrick-Young menjadi satu unit tengah yang berkesan.. Welbeck mengejutkan apabila mengambil posisi Nani di sayap kanan.. begitu efektif walaupun dia lebih bergerak di serata padang meninggalkan Jones berlari naik dan turun di sebelah kanan..

Rooney-Hernandez membentuk gandingan yang begitu mengancam musim lepas.. hari ni juga mereka sangat serasi.. Rooney menjaringkan kedua-dua gol.. gol pertama dia menyempurnakan percubaan Hernandez yang sedang menuju ke dakapan penjaga gol lawan, Ben Foster.. gol kedua pula menerusi sepakan penalti.. Chicharito berusaha bersungguh-sungguh untuk menjaringkan gol tetapi tuah tidak menyebelahinya..

Selepas kedudukan selesa 2-0, Ferguson merehatkan tonggak utama untuk bersedia menghadapi perlawanan Liga Europa di Sepanyol pada Jumaat ini.. Paul Scholes dikeluarkan dan digantikan pemain berpotensi besar, Paul Pogba.. dan kemudian Danny Welbeck digantikan seorang lagi pemain muda, Tom Cleverley.. Cleverley kembali semula selepas tercedera baru-baru ini.. kecederaan susulan selepas berehat panjang.. Cleverley-Pogba membentuk gandingan centre-midfield yang aku tunggu-tunggu.. :)

Keseluruhannya, inilah pasukan United sebenar apabila mereka beraksi pada keupayaan dan kualiti mereka.. masalah mereka adalah prestasi yang tidak konsisten.. aku harap permainan seperti malam ini berkekalan.. perlawanan seterusnya menentang Athletic Bilbao sangat penting untuk terus bertahan dalam Liga Europa.. United perlu menjaringkan minimum dua gol untuk mara..

Lee Chong Wei next!!!










p peluk s : Cantik bintang malam ni...


4 comments:

cik lala said...

Da Blues..
Lalalalalalala ~~~~~~

M Fizan said...

@cik L.A.L.A haha..blues telah melayan blues.. :P

suha said...

dah lama tak tengok bintang lain sejak ada bintang di hati haha saje menjiwang kat sini..eh macam best je lak kalo update status bintang kat blog satu lagi lalala

M Fizan said...

@suha haha.. apa kaitan bintang dan bintung? ^^

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif