Welcome To My Life...

Sunday, July 1, 2012

Ini Bukan Drama

Assalamualaikum.

Selalu aku tengok dalam drama. Sorang remaja perempuan nak hidup senang. Terlalu ego. Tak nak hidup susah. Macam mana nak cari kesenangan dunia? Senang je. Bergaul dengan orang kaya. Tak kisah lagi usia lelaki tu. Aku mintak simpang terjadi pada orang-orang yang tersayang dalam hidup aku.

Malang sekali, Allah mahu menguji aku. Orang yang dekat dengan aku sendiri terjebak. Lantaran nak hidup mewah macam orang lain. Tak reti ukur baju di badan sendiri. Nak kehidupan yang tak sepadan dengan kemampuan. Bukan saja lelaki haprak tu berusia, tapi juga suami orang. Plus tak lar kaya mana pun. Pengurus kilang je rasanya. Sama ada remaja perempuan tu famili aku, kawan aku atau saudara-mara aku biarlah menjadi rahsia.

Aku bukan nak bukak aib orang. Juga bukan nak bukak pekung di dada sendiri. Siapa dia? Biarlah aku saja yang tahu. Yang penting, dia orang yang rapat dengan aku. Aku cuma mengucap panjang bila memikirkan perkara ni. Beristighfar dan beristighfar lagi. Astaghfirullahaladzim...

'Dia' tewas pada hasutan syaitan yang telah bersumpah untuk menyesatkan manusia. 'Dia' rebah dengan hasutan harta dan dunia. 'Dia' leka digoda keseronokan yang sementara. 'Dia' lupa pengakhiran kita semua. Kesenangan ini tidak akan kekal selama-lamanya. Dia tak ingat, dia lupa.


Janganlah mencari jalan pintas untuk hidup mewah. Janganlah membelakangi ibu bapa untuk mendapatkan kesenangan dengan cara mudah. Duit mungkin boleh membeli keseronokan. Tapi duit tak boleh membeli syurga Tuhan. 

Korang mungkin sangka aku tengah tulis skrip filem. Tidak. Ini bukan drama. Ini realiti. Hakiki bukan fantasi mahupun mimpi yang berlaku hampir dengan aku. Aku bercerita untuk memberi pengajaran. Aku sekadar menyampaikan. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.

Wallahualam.










p tendang s : Biarlah rahsia...



9 comments:

Eera Shera said...

mesti x sangka kan org yg kita kenal buat mcm tu. smoga dia berubah jd org yg baik :)

nana said...

Semoga dia cepat sedar and berubah. Doakan jela ye :)

vendoline said...

dah lumrah yg manusia tak penah puas..hurmm kne kesedaran kendiri

anamizu said...

-NAZIF ? name betol kamu ea? dulu mase zaman sekolah form 1-form 5 kak ana gune nickname NAZIF mase kat skolah kalo hantar karya kat majalah skolah.. hehe


-Allah lebih tahu ape yg dirancangNYA.. kita teruskan berdoa tau ;)






Salam kenal,
cik ana ^____^

ariira shahirah said...

tauladan yg buruk jadikan sempadan..

Deleted said...

insyaallah, abg doakan sha sekali ek? takut hanyut sbb sini mmg sosial. serius kena berjaga jaga.

p/s : byk gila entry abg, rajin update. sha akan cari masa utk baca semua and drop komen. so tolong la approve k. hahaha

M Fizan said...

@Eera Shera insya-Allah. doakan sama :)

@nana kamarul ameen... semoga Allah membuka hatinya.

@Edy Fee huhu. betul. kita boleh tolong nasihat jer..

M Fizan said...

@anamizu kaito mana adil! kak ana kenapa guna nama saya?? haha. femes gak saya ni. wakaka. yup, Allah jua Maha Mengetahui perancangan-Nya. saya terus berdoa. salam kenal :)

M Fizan said...

@shahirah hairudin macam kurang je ayat ni. hewhew

@nurshamila huhu, semoga sha tak terjerumus ke lembah kehancuran ni jugak. biasa lar, berangan nak jadi ben ashaari. harharhar

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif