Welcome To My Life...

Wednesday, July 4, 2012

Menghitung Hari

Assalamualaikum.

"Menghitung hari... detik demi detik..." Begitulah lunak suara Keris Doyonto mengumandangkan lagu berhantunya. Terdengar lagu tu maka aku pun terjaga. Tersedar dari lamunan mimpi panjang. Mimpi indahku harus segera berakhir. Cuti semester akan meninggalkan aku. Dan semester ketiga A-Level melambai-lambai menyeru aku supaya bersedia.

4 Julai 2012. Kurang seminggu. Tiket bas dah dibeli. Pakaian? Belum dikemas lagi. Rileks. Bisa diuruskan. Issue report? Belum disiapkan lagi.. Apa? Dem! Aduhai. Dah 95%. Tinggal sikit lagi. Sikit je.... Sisa-sisa terakhir laporan ala tesis PhD yang aku perlu siapkan untuk subjek Biologi. 

Semalam aku tak update entri baru. Bajet nak siapkan baki tugasan. Tapi sepanjang hari aku maraton. Kalau lari maraton takpe, boleh jugak keluarkan peluh. Menyihatkan badan. Aku ni tidur yang maraton. Mahunya badan tak naik... Sob sob. Sadis betul riwayat aku. Nak kurus belum diizinkan Tuhan.


Hari ni sekolah aku ada Kejohanan Olahraga Tahunan. SMK Bandar Baru Sintok. Lama benar aku tak jejakkan kaki ke sana. Lantaran rasa rendah diri dengan saiz badan yang mengembang berbanding masa sekolah dulu. Eh, dulu aku hot. Berebut awek nak aku. Cuma aku setia pada yang satu. Sekarang ni? Jatuh dah saham aku. Nak tunjuk muka pun malu oii. =,=

Tapi hari ni terpaksa lar. Dah lebih setahun aku tak menziarahi cikgu-cikgu yang banyak berjasa hingga aku berjaya sampai ke INTEC. Aku tak nak lar dikatakan kacang lupakan kulit. Tak nak diorang anggap aku lupa jalan balik sekolah. Tidak! Sekali pun aku tak pernah lupa nama Sintok. Walaupun orang tak kenal, aku terbayang-bayang melangkah ke sekolah lama dengan saiz yang sudah mengecil. Malangnya mimpi hanya mimpi. Hari ini aku harus pergi. Dengan usaha yang masih belum berbuah lagi.

Sebelum korang makin meluat dengan rasa rendah diri aku, lebih baik aku berhenti menaip. Aku malu. Malu dengan diri aku sendiri. Aku tak tahu apa nak dimalukan. Tapi aku malu. Aku memang malu. Malu tu kan perisai iman. Malu aku ni lain pulak. Memalukan kompeni je. 

1.45 pm. Aku nak bersedia untuk kembali semula ke padang permainan remaja. Di mana cinta berputik mekar. Di mana seorang remaja membesar. Di mana potensi diri terbongkar. Di mana hati terguris luka. Di mana persahabatan bermula. Dan di mana cinta membawa bahagia. Wassalam. ^_^










p peluk s : Malu lagi..


7 comments:

eyjalukman said...

lomah betul klu dgr kena balik kolej smula . rasa nk cuti lebih lama lg . hehe :P

nazirah said...

eh eh same la rasa malu nak balek sekolah balek bile nengok saiz dulu dan saiz skrg hee ;)

cik lala said...

citt..pemalu rupanyer dia ni..

uit..suka2 je tuka jd kris doyonto..terguris hati beliau nanti..hahaha

Hanie Dew said...

huhhuhu..penuh dramatis puitis entry ko kali ni.tu baru semlm x update. kalau seminggu? sebulan? bole buat buku sajak..hehehehe...

best jgk sekali sekali lawt sekolah balik.

Deleted said...

kantoi puppy love. haha

M Fizan said...

@eyjalukman hehe. cos of la. tapi sekarang dah selesa sikit :)

@nazirah sangat-sangat. teramat malu v_v

@cik lala haha. beliau tidak melawat blog ni. memang pemalu.......

M Fizan said...

@Hanie Dew hehehe. puitis ea? pujian tu kan? thanks :D

@nurshamila haha. alamak........

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif