Welcome To My Life...

Monday, July 9, 2012

New Semester New Life

Assalamualaikum.

Takde gambar entri aku kali ni. Kerana tak ada gambar yang dapat menggambarkan apa yang harus tergambar. Sukar digambarkan.

New semester. New college. New environment. New roommates. New schedule. New challenge. Same classmates. Same subjects. Same mission. Same spirit.

Sekarang 9.05 malam. Kurang sejam aku akan berada di perut bas. Menempuh perjalanan enam jam ke Shah Alam untuk menyambung pengajian. Alhamdulillah, aku dah dapat lesen P dalam cubaan kedua. Aku tau ada korang yang dapat dengan sekali cuba. Sekurangnya aku tak perlu mencuba lagi. Rezeki aku kali ni. Syukur kepada Allah. Tak sia-sia aku tangguhkan pendaftaran yang sepatutnya semalam (untuk kolej) dan hari ni (untuk akademik). 

Esok aku akan mendaftar dan bermulalah kehidupan aku sebagai senior semester tiga. Haha, senior lar sangat kan. Yang penting jadual aku tak padat. Tiap-tiap hari sampai pukul 12 tengah hari je. Khamis saja sampai 4 petang. Jadual tu lebih bebas berbanding sem lepas. Hoho. Tapi kebebasan tu bermakna aku perlu buat sesi belajar kendiri.

Itu cabaran baru bagi aku. Tambahan kepada cabaran buat aku untuk kurus. Aduhai. Berat rasa. Moga Allah kuatkan aku dalam menghadapi ujian ini. Aku tak tahu nak merapu apa sebab nak pergi bersiap. Dua hari aku tak update sebab sibuk menguruskan persiapan pulang. Nasib baik belum bersawang. Esok aku update lagi kalau ada peluang. Wassalam.











p palang s : Short update..


7 comments:

Deleted said...

yay! sha dah jumpa intec tu kat mana. haha sha pon baru balik gak. sampai kemarin

suha said...

blog sy dh penuh labah2 :P
~gudluck 4 ur new semester,doc!

SNM said...

Dah masuk semester baru ker?
Saya baru abes final exam Jumaat lepass...hohoooo~

Good luck!

Syazana Zainn said...

semoga berjaya dgn cabaran baru kamu tu :)

belajo rerajin ye.hihi

teha said...

aku pon bizi semenjak jadik student nie.. ahhahaa !

M Fizan said...

@nurshamila haha, baru jumpa ea??

@suha thanks a lot akak katak!

@Miss_Yana_Afi (",) dah! thanks miss yana :D

M Fizan said...

@Syazana Zainn thanks kak :D

@teha haha. hanya student faham student...

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif