Assalamualaikum.
Bila jadi pelajar kolej ni, secara tak langsung mood nak berblog pun merudum. Tak tau lar apa punca. Keghairahan untuk hapedette entri baru tu merosot sama sekali. Sebelum ni, kalau boleh aku nak jadi klon Bro Ben. Sehari update banyak entri. Tapi sekarang dua tiga hari sekali pun malas. Mengenangkan blog ni adalah diari kehidupan aku, kugagahi jua jari ini untuk terus mengetuk papan kekunci. Untuk santapan mengukir senyuman di masa depan.
Melihat tajuk, aku ada dua cerita. Memandangkan kali terakhir aku update entri adalah dua hari lepas, aku ada dua cerita nak dikongsikan di sini. Yang pertama, memori semalam. Kedua, kelucuan kelmarin. Dan yang ketiga, lawak hari ini.
CERITA PERTAMA : IFTAR
Semalam, budak-budak kelas aku (12M5) mengadakan iftar (jamuan berbuka puasa) di Kopitiam Pak Li. Kitorang berkumpul setelah jam 6.30 petang. Order punya order, pukul 7 baru hantar semua pesanan. Nasib baik sebelum berbuka puasa dah sampai makanan. Kalau tak, memang makan murtabak je lar aku. Murtabak tu pun Sir Kimia yang bawak. Efisien jugak pekerja Pak Li ni.
Aku pesan Golden Fried Rice yang nampak macam sangat menyelerakan dalam menu. Lain pulak rupanya bila dah sampai kat meja. Nak batalkan pun dah tak boleh. Aku redha jer walaupun harganya RM5.90. Air pulak aku pesan cendol. Harganya RM3.30. Nampak macam biasa jer. Saja nak ubah selera sikit. Meskipun awalnya nampak sangat tak memuaskan hati, selepas makan aku rasa sangat berbaloi. Cendol tu memang sedap, licin mangkuk tu aku minum cendol. Gred A. Nasik goreng emas tu pulak memang wajar mahal. Rupanya ada udang dan ayam. Sangat sedap. Gred A plus.
Tak lengkap lar kenangan tanpa gambar memori kan. Kat bawah ni aku selitkan satu gambar kitorang semua. Nampak agak ramai sebab ada ex-classmates dari semester awal dan roommates budak kelas aku yang turut diangkut bersama walaupun tak sekelas.
CERITA KEDUA : CASHIER YANG KELAKAR
Cerita ni berlaku kelmarin. Sekitar 5.15 petang aku sampai di KFC Seksyen 18 selepas solat Asar. Aku bergerak berseorangan mencari makanan kegemaran memandangkan rakan sebilik aku semua suka makan di Masjid Unta berdekatan kolej kitorang. Memandangkan esoknya (semalam), iftar yang dirancang di KFC telah bertukar lokasi ke Kopitiam Pak Li, maka aku ingin memuaskan selera aku. Masa aku sampai tu, aku sorang je pelanggan. Yang Islam mungkin masih belum memenuhi KFC kerana puasa. Yang menghairankan, yang bukan Islam pun takde.
Aku melangkah macho ke arah cashier yang cun. Dia pun terbatuk-batuk comel. Puhlisss, aku tak tergoda la. Dia memang tak sihat aku tengok. Aku yang dah memang muka Melayu ni dengan senyuman menawan, berhenti di depan beliau. Berbasa-basi, aku tak sangka beliau akan meneruskan soalan tersebut. "Selamat datang, makan ke bungkus?". Aku senyum je. Muka aku nampak macam muka tak puasa ke? Mentang-mentang aku datang awal.
Aku diam je. Dia pun tunggu. Jadi aku pun cakap nak makan kat situ. Dia terkejut dan menyoal, "Makan?". Aku pun gelak. Terkena jua beliau. Soalan sangat bodoh dan macam tak sekolah. Dah terang-terang aku Muslim sejati dan tak pernah miss puasa. Sampai hati beliau. Memendekkan cerita, aku order ayam spicy dua ketul, feberet aku Cheezy Wedges dan Regular Fries. Aku nak beli Snack Box ekceli. Tapi takde. Terpaksa beli dua ketul ayam, tu pun sebab minima. Nak beli seketul tak boleh. Akhirnya, aku meninggalkan cashier kartun tadi dalam kebingungan.
CERITA KETIGA : SALAH ORANG
Tadi, masa aku tengah tunggu bas dipenuhi untuk bergerak, ada sorang budak batch aku tapi kelas lain. Budak ni pompuan tau. Dia pegi kat sorang kawan dia kat belakang. Sembang pasal android kejadah apa entah. Aku tengah menaip entri yang asalnya bertajuk "Dua Cerita". Elok je dia balik tempat dia, tajuk entri ni terus bertukar jadi "Tiga Cerita". Memang sarkastik betul. Hahahaha.
Dia nak bagi henfon mamat tadi kat kawan pompuan dia. Malangnya, orang yang dia hulurkan henfon tu bukan kawan yang sama naik bas dengan dia masa aku dah bertapa dalam bas tu. Dengan konfiden dia cakap, "Nah!". Sebijik macam samseng. Sekali salah orang daaa... Malu gila beliau.
Mula-mula aku tak dapat tangkap. Sangkaan aku, junior tu pun kawan beliau jugak. Rupanya memang dia salah orang. Terpancar respons spontan dari bibir mungilnya, "Sorry, salah orang.". Aku senyum dah, kawan dia kat belakang tadi terus gelak. Memang memalukan. Aku tak tau apa yang dia rasakan dalam hati. Tapi muka dia memang sangat cool, masih mempamerkan senyuman, tanda kemahiran cover malu tahap kesembilan ratus. It made my day.
AKHIR KATA
Lengkap sudah cerita tiga hari. Kelmarin, semalam dan hari ni. Moga bertemu lagi dalam entri akan datang. Selamat terus berpuasa. Sekian, wassalam.
p palang s : Pening perut gelakkan orang...
7 comments:
haha makan ka bungkus? abg kejam kenakan dy balik. sian dy..
entry 3 serangkai. hehe . yg klakor nya ke kfc tu la. makan ke bgkus ? hehe
wahhh rindunye nak iftar dgn kwn2 asasi :') hehe paling malu klu slh org . da laa tegur yakin je. haha
hahaha lepas ni cai kedai yang cepat sikit siap.hehe
bagus btol.ceria tiga ari dalam 1 entry...hehe
@nurshamila haha. dah soalan teruk sangat :P
@ஜ miss klanika ஜ hehe. soalan tak relevan dengan ramadhan :D
@eyjalukman haha. muka dia memang konfiden tahap terakhir. cannot go!
@Edy Fee mana ada kedai lambat siap pun. =.=
@nik ros hehe. efisien dan cekap kan :D
Post a Comment