Welcome To My Life...

Thursday, October 3, 2013

Orang Kaya Baru


Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Pagi semalam, hati resah. Petang semalam, jalan dah tak susah.

Semalam, ketika hampir waktu tengah hari, aku membelek FB untuk melihat sebarang berita baru. Ya, ada. Berita agak buruk. Aku perlu membuat pembayaran untuk membeli stetoskop dan pen lampu suluh sebelum hari Jumaat. Aku sangka hanya tempahan yang diambil, dan bayaran boleh dibuat kemudian. Dengan duit biasiswa JPA belum dimasukkan ke akaun bank, aku gelisah.

Aku tak mahu menyusahkan umi dan ayah. Mereka sudah banyak berhabis untuk membeli barang-barang aku sebelum aku mendaftar di IMU. Jika tiada keperluan, aku boleh melupakan saja. Tapi stetoskop ini penting untuk pelajar perubatan dan pembelian ini melalui ketua pelajar perubatan semester pertama. 

Aku buntu. Aku hanya memaklumkan kepada ayahku. Aku sendiri tak tahu mana nak cari duit. Aku hanya berharap moga Allah membuka jalan. Baru sebulan aku di sini. Mengikut makluman dari senior, sekurang-kurangnya setengah bulan lagi sebelum duit biasiswa terima. 

Alhamdulillah, petang semalam, aku menerima khabar gembira. Wang biasiswa yang ditunggu-tungguh telah pun dimasukkan. Syukur alhamdulillah. Terima kasih JPA. Banyak urusan yang dapat diselesaikan dengan kemasukan wang ini. Jumlahnya agak besar. Lebih besar daripada yang aku terima semasa A-Level.

InsyaAllah cukup untuk satu semester. Mengikut perancangan, nak beli telefon bimbit baru. Telefon yang ada sekarang ni bermasalah. 

Alhamdulillah, tak payah susahkan umi dan ayah lagi. Dah jadi orang kaya baru. ^_^



No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif