Monday, March 2, 2015

Cinta Rosie

Assalamualaikum.

Apakah kau bayang lelaki terus curang
tanpa seikhlas sayang
meski hati bergoncang jiwa tak tenang
menginginkan seseorang? 

Akhirnya.... akhirnya.... berjaya jugak aku muat turun filem 'Love, Rosie'. Dengar ceritanya, filem ni memang gempak habis. Sampai menangislah bak kata Atisa (bukan nama sebenar). Dia tengok filem ni banyak kali pun tetap menitis air mata. Betul ke cerita ni sedih sangat? Aku masih skeptikal. Tak sabar nak tengok.

Mampukah kisah cinta Alex dan Rosie ni menggugat jiwa kental aku yang dalam hati ada taman ni? Well, time will tell. Persoalan tu akan terjawab nanti lepas aku habis tonton filem ni. Sedih sangat ke? Boleh lawan Titanic? Filem ni diadaptasikan dari novel popular karangan Cecelia Ahern, 'Where Rainbows End' (Di Mana Pelangi Berakhir).

Do we really only get one shot at true love?  
(Benarkah kita hanya ada satu percubaan dalam meraih cinta sejati?)

Bukan ruang dan benua yang dapat memisahkan ikatan dua hati yang tersimpul mati. Bukan jarak berjuta batu yang dapat meleraikan kasih yang ampuh terpateri. Dapatkah Alex dan Rosie mencari jalan untuk bertemu satu sama lain, atau semuanya akan terlambat? Aku harap sangat pengakhirannya tak mengecewakan.



No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif