Welcome To My Life...

Tuesday, March 3, 2015

PK

Assalamualaikum.

Bila kawan-kawan serumah aku di Sri Petaling cadangkan untuk aku tonton filem Hindustan, "PK", aku sangat skeptikal. Aku macam tak percaya. Betul ke cerita ni best sangat? Sebab aku dimaklumkan, cerita ni macam '3 Idiots'. Cerita yang ada pengajaran. Omputeh cakap 'brilliant'. 

PK ni bermaksud 'mabuk'. Nama yang diberikan kepada hero cerita ni, sorang (ataupun seekor) makhluk asing a.k.a alien yang kehilangan alat kawalan jauh kapal angkasanya yang dicuri sebaik dia mendarat di Bumi. Perjalanan dia mencari alat kawalan jauh tersebut membawa persoalan mencari Tuhan di mana dia cuba berhubung dengan Tuhan untuk mendapat semula alat kawalan jauh miliknya untuk pulang ke planet asal.

Persoalan yang sangat menarik adalah tentang kewujudan Tuhan. Ya, Tuhan benar wujud. Tapi ada Tuhan yang menciptakan kita semua (Maha Mencipta). Dan satu lagi 'Tuhan' yang dicipta oleh manusia untuk kepentingan sendiri sehingga timbul pelbagai agama dengan Tuhan masing-masing. Agama yang banyak ini diumpamakan seperti syarikat.

Tapi aku tak tersentuh sehinggalah penutup cerita ni apabila aku menitiskan air mata. Kenapa? Apabila jalan takdir Jaghu dan Sarfaraaz bertemu semula dalam situasi yang sangat menyentuh perasaan. Sarfaraaz menelefon Kedutaan Pakistan di Belgium setiap hari pada jam 9 pagi untuk mengetahui sama ada Jaghu cuba menghubunginya. Akhirnya, Jaghu menghubungi kedutaan itu dalam rancangan televisyen 'PK vs Tapaswi' dan para pekerja kedutaan gembira menyambut panggilan yang sangat dinanti-nantikan. Sangat menyentuh hati.

Aku cerita banyak pun korang takkan faham selagi tak tonton sendiri cerita ni. Berbanding filem Hindustan lain yang overdose dengan cinta dan menari terkinja-kinja sampai ke subuh, filem ni memang wajib tonton!

Rating 9.5/10



No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif