Welcome To My Life...

Tuesday, March 3, 2015

Encik Hasben Sempurna 10 Bintang

Assalamualaikum.

"You aren't wealthy until you have something money can't buy."

Masih ada lagi ke dalam dunia ni encik suami yang sempurna sampai dapat rating 10/10? Mungkin ada dalam kisah dongeng. Hakikatnya, tiada yang sempurna. Kita semua serba kekurangan. Kerna itu harus saling melengkapi. Tapi untuk hiperbola, tajuk novel ini diterima dengan berlapang dada dan hati yang terbuka.

Ramai yang tak suka tonton filem Melayu kerana kurangnya moral dalam jalan cerita. Hanya hiburan semata-mata. Maka aku menonton filem Melayu kerana mencari hiburan usai penat seharian. Klise benar jalan ceritanya seklise novel-novel cinta yang meleret penceritaan.

Ada beberapa perkara yang aku tak gemar dalam cerita encik-hasben-saya-10-bintang ni. Pertama, kecelaruan watak heroin utama, Aleeya. Dia ni terlalu celaru sehingga dia lebih celaru dari kecelaruan tu sendiri. Aku abaikan saja bahagian dia tiba-tiba mula bertudung di pertengahan cerita. Dia sangat celaru nak pilih antara Syed Muzaffar atau hero penyelamatnya, Zarief. So very simple.

Alasan Aleeya nak kahwin dengan Muzaffar sebab tak nak anak dia diejek apabila berbinkan Abdullah tu sangat lucu dan terlalu lemah. Memanglah dia mengandungkan anak luar nikah tapi nak korbankan cinta dia pada Zarief hanya untuk anak yang belum dilahirkan tu..... arghh!

Mudah sangat. Tak payah buat perkiraan yang merumitkan. Memang Zarief sepatutnya yang dia pilih dari awal. Lebih-lebih lagi bila Zarief tinggalkan tunangnya yang curang, Azura. Nasib baiklah plot peleraiannya klise seperti biasa. Happy ending.

"Masihkah ada ruang dalam hati abang untuk Leeya?"

Soalan diajukan kepada Zarief dalam kapal terbang menuju ke London. Kapal terbang adalah tempat pertama kali diorang bertemu. Manisnya.... cair. Rakan serumah aku di Sri Petaling yang turut layan filem Melayu cakap filem ni tak best. 'Manisnya Cinta di Capadoccia' lagi best. Aku tak suka bandingkan. Bagi aku, kedua-dua cerita ada kekuatan yang tersendiri hasil pengolahan dari novel.

Akhir kata, encik hasben sempurna 10 bintang macam Zarif Daniel hanya wujud di alam fantasi.




No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif