Welcome To My Life...

Wednesday, March 4, 2015

Ra bu

Assalamualaikum.

Hmm. Ra bu. Tak. Bukan typo. Memang sengaja dijarakkan begitu sebab rasa janggal bila tulis tajuk entri dengan nama hari Rabu saja. Ya, hari ni memang hari Rabu (saat entri ini ditulis). Hakikat yang tak dapat dinafikan langsung walaupun oleh pasukan pendakwa Saipul. Hari ni ada pasar malam di Changlun. Okay, pasar malam bukanlah motif entri ni dicoret.

Esok aku akan menamatkan elective posting minggu ni di wad medikal (wad lelaki dan wad perempuan). Banyak yang aku pelajari dalam menguruskan pesakit. Masih banyak ilmu yang perlu ditimba tapi aku kira, aku sudah mencapai objektif praktikal kali ni. Tinggal seminggu lagi di Hospital Jitra sebelum aku pulang untuk menuntut ilmu di Kuala Lumpur. Minggu depan aku akan ke wad bersalin dan wad pediatrik. 

Hujung sem ni aku akan menghadapi peperiksaan profesional bahagian pertama. Big bang bagi pelajar perubatan untuk menguji teori yang aku pelajari selama dua tahun ni. Bahagian kedua adalah peperiksaan amali (praktikal) sem depan.

Lepas tu? Hmm. Persoalan yang berat untuk dijawab. Masih buntu untuk membuat keputusan. Aku masih dalam program ke luar negara. Tapi aku perlu menduduki semula peperiksaan IELTS jika masih mahu kekal dalam program Partner Medical School. Jika tidak, aku akan menyambung pengajian di Seremban.

Entahlah. Kalau ke luar negara, aku perlu menunggu sembilan bulan kerana aku akan menamatkan sem lima hujung tahun ini (insyaAllah). Aku hanya akan ke luar negara tahun depan jika itu takdirku. I don't know. Susah rasanya jadi orang dewasa perlu buat keputusan yang besar macam ni. I want to be kids again.

Biarlah.. biarlah Allah yang menentukan langkahku seterusnya. Wallahualam. Hanya Dia yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk diri ini.



No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif