Wednesday, March 11, 2015

Pesta

Assalamualaikum.
 
Perlawanan kedua pusingan kedua Liga Juara-Juara Eropah musim 2014/2015 dengan format timbal balas diteruskan awal pagi tadi. Dua pasukan pertama telah layak ke pusingan seterusnya.
------------------------------
PORTO 4-0 BASEL 
Agregat: 5-1
 
Perlawanan pertama di Switzerland berakhir dengan keputusan seri satu sama. Kali ini pelawat dibelasah teruk pasukan tuan rumah dengan empat gol cantik termasuk dua sepakan percuma yang terus membolosi gawang. Sepakan percuma Yacine Brahimi, rembatan Hector Herrera, sepakan percuma Casemiro dan penyudah tepat Vincent Aboubakar menceriakan penyokong kelab Portugal itu. Semua gol dijaringkan dari luar kotak penalti.
--------------------------
REAL MADRID 3-4 SCHALKE 
Agregat : 5-4
 
Juara bertahan pertandingan ini hampir dimalukan di depan penyokong sendiri. Beraksi di Bernabeu, Real Madrid menyamakan kedudukan dua kali sebelum mendahului buat kali pertama tetapi Schalke menjadikan kedudukan terikat buat kali ketiga sebelum menjaringkan gol pendahuluan di lewat permainan yang mencemaskan pasukan gergasi La Liga. Jika satu gol lagi dijaringkan oleh Schalke bermakna Schalke layak dengan peraturan gol di tempat lawan.
 
Dua gol Christian Fuchs dan Klaas-Jan Huntelaar disamakan dua gol ayam tambatan Real, Cristiano Ronaldo. Jaringan Karim Benzema pula disamakan gol Leory Sane. Huntelaar meledak gol kedua untuk menjadikan penamat perlawanan sangat mendebarkan namun Real teguh bertahan untuk layak dengan kemenangan agregat tipis.
-----------------------------------
Dua perlawanan berlangsung awal pagi esok:
Chelsea vs PSG
Bayern vs Shakhtar




No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif