Welcome To My Life...

Monday, March 2, 2015

Malam di Muzium - Rahsia Makam

Assalamualaikum.

Tajuk entri ni adalah terjemahan terus dari tajuk filem 'Night at the Museum: Secret of the Tomb' yang ditayangkan tahun lepas. Ia adalah filem ketiga dalam francais ini selepas 'Night at the Museum' (2006) dan 'Night at the Museum: Battle of the Smithsonian' (2009).

Aku suka francais ni sebab dapat belajar sejarah dalam hiburan yang juga berselit moral. Dipendekkan cerita yang panjang, Larry Daley sekali lagi menceriakan penonton dengan rakan-rakan muziumnya yang 'hidup' pada waktu malam apabila tablet Akhmenrah berfungsi. Tablet itu mengalami perubahan dan menyebabkan Larry membawa Akhmenrah ke Muzium Britain untuk mencari ayahnya yang mengetahui rahsia tablet tersebut.

Ada dua kisah sejarah atau mungkin lagenda yang terdapat dalam siri ketiga ini. Pertama, karakter 'Sir Lancelot' yang merupakan salah seorang Kesatria Meja Bulat. Kalau ikut cerita ni, Sir Lancelot dalam misinya mencari 'Holy Grail' untuk King Arthur. Dia telah mencuri tablet Akhmenrah untuk dibawa pulang ke Camelot. Aku dapat tahu melalui pembacaan yang Sir Lancelot mempunyai hubungan sulit dengan Ratu Guinevere.

Kisah sejarah kedua adalah tentang bandar Pompeii di Itali. Melalui pembacaan, aku dapat tahu bandar ini telah musnah selepas letusan gunung berapi Vesuvius. Bandar Pompeii ini ditemui dua rakan Larry bersaiz mini Jedediah dan Octavius yang tersesat.

Penutup cerita ni agak mengecewakan aku. Akhmenrah akan tinggal bersama ibu bapanya di Muzium Britain. Tanpa tablet Akhmenrah, Muzium New York tak akan 'bernyawa' pada waktu malam. Maka rakan-rakan Larry seperti Attila The Hun, Sacagawea, dan Theodore Roosevelt tak dapat hidup apabila malam tiba.

Beginikah pengakhiran francais Night at the Museum? Adakah kisah akan bersambung lagi? Hanya Allah yang tahu. Seperti juga Larry yang sedih untuk berpisah dengan 'sahabat'nya, aku juga sedih.




No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif