Welcome To My Life...

Wednesday, March 11, 2015

Sekelip

Assalamualaikum.

Rasa macam baru semalam aku baca surah al-Kahfi. Esok dah nak baca lagi. Sekejap saja dah seminggu. Rasa macam baru jugak aku mula elective posting di Hospital Jitra. Esok tiga minggu dah sempurna. Kalau campur seminggu di klinik General Practitioner, aku dah habis 'cuti' sebulan. Sekelip mata masa berlalu. Dah nak kena balik KL. T_T

Rasa belum puas lagi cuti. Tapi kalau nak dikira, 'cuti' ni dah agak panjang berbanding cuti-cuti sebelum ni. Rileks dalam menimba ilmu. Tenang dalam mencari pengalaman. 

Nak tak nak kena balik jugak. Hujung sem ni ada peperiksaan big bang untuk menguji pengetahuan teori. Professional Exam Part I. InsyaAllah Part 2 adalah peperiksaan skil klinikal (OSCE) dalam sem lima.

Moga semuanya dipermudahkan. InsyaAllah.




No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif