Welcome To My Life...

Thursday, March 12, 2015

Yee-haw

Assalamualaikum.

Dua lagi perlawanan pusingan kedua Liga Juara-Juara Eropah berlangsung awal pagi ini dan sekali lagi pesta gol disaksikan. Tiada kejutan berlaku. Dua pasukan gergasi mara. Dan satu pasukan gergasi tersungkur di tempat sendiri, sekali lagi dengan peraturan gol di tempat lawan.
----------------------------
 
BAYERN 7-0 SHAKHTAR
 Agregat: 7-0
 
Selepas seri di Ukraine dalam perlawanan pertama, Bayern memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri dengan berdepan pasukan lawan yang kekurangan seorang pemain hampir keseluruhan permainan. Pemain Shakhtar dibuang padang seawal minit ketiga kerana kekasaran yang hanya sepatutnya diberikan kad kuning. Thomas Muller menjaringkan sepakan penalti itu untuk memulakan pesta gol. Satu lagi gol dijaringkan oleh Jerome Boateng sebelum babak pertama berakhir.
Bayern tanpa simpati dan belas kasihan terus membedil gawang Shakhtar dalam separuh masa kedua. Lima gol lagi dijaringkan. Dua gol pantas jaringan Franck Ribery dan Muller meletakkan Bayern dalam kedudukan sangat selesa. Holger Badstuber, Robert Lewandowski dan Mario Gotze melengkapkan kemenangan bergaya buat kelab dari negara Jerman yang membelasah Brazil 7-1 dalam pusingan separuh akhir Piala Dunia 2014.
 
---------------------------
 
CHELSEA 2-2 PSG
Agregat: 3-3 (selepas masa tambahan)
 
Kelab Paris Saint-Germain (PSG) dari Perancis membalas dendam kekalahan dengan agregat sama tahun lalu. Mereka membalas dengan peraturan sama. Keputusan seri 3-3 secara agregat selepas tamat masa tambahan memastikan kemaraan PSG dan kekecewaan pasukan pendahulu Liga Perdana Inggeris. Perlawanan pertama berakhir dengan keputusan seri satu sama. Chelsea menyangka mereka sudah layak apabila Gary Cahill meletakkan Chelsea di depan ketika permainan hanya berbaki sepuluh minit.
Jaringan penyamaan bekas pemain Chelsea yang berpindah pada musim panas tahun lepas, David Luiz, membawa permainan ke masa tambahan. Chelsea mendapat sepakan penalti yang disempurnakan Eden Hazard untuk sekali lagi meyakinkan Chelsea untuk terus melangkah. PSG hanya memerlukan satu gol untuk mengikat kedudukan dan menang dengan peraturan gol di tempat lawan. Gol penting dan bermakna itu ditanduk masuk oleh kapten, Thiago Silva. 
 
----------------------------
 
Bayern Munich (Jerman) dan PSG (Perancis) mengiringi Porto (Portugal) dan Real Madrid (Sepanyol). Empat lagi slot akan diisi minggu depan. Perlawanan berikutnya:
 
Arsenal vs Monaco (1-3)
Bayer vs Atletico (1-0)

No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif