Welcome To My Life...

Tuesday, March 3, 2015

Telur Masak Separuh

Assalamualaikum.

Tajuk entri memang sangat membuatkan orang lapar. Hakikatnya entri ni tak melibatkan makanan. Telur juga bukanlah fokus entri ini ditulis. Sipi-sipi pun tak ada kaitan telur dengan tujuan aku menulis. Sebenarnya nak beritahu hari ni Selasa. Ada apa dengan hari ni? Selasa bermakna aku sudah separuh perjalanan menghabiskan elective posting di hospital. Tiga minggu adalah tempoh yang perlu aku lalui. Sekarang minggu kedua.

"Kenapa tak pergi Hospital Tuanku Fauziah?"

"Kenapa pilih Hospital Jitra?"

"IMU ni kat mana?"

Itu semua adalah soalan ruji yang perlu aku hadapi sepanjang praktikal kali ni. Berkenaan sebab aku pilih Hospital Jitra, jawapan aku sama dan mudah. Ini adalah tempat yang paling dekat dengan rumah aku di Changlun. Timbul pula persoalan HTF di Kangar sama jauh. Jawapan aku juga mudah. Sebelum ni, aku bandingkan HJ dengan Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Star. Walaupun HSB merupakan hospital besar yang berpakar dan ada House Officer (HO), aku kira jarak ulang-alik saja sudah cukup mengukuhkan keyakinan aku untuk praktikal di Jitra.

Jauh di sudut hati, terdetik juga rasa ingin melihat suasana di Kangar dengan peluang untuk belajar bersama pakar. Dikatakan HTF mudah menerima pelajar dan senang pula untuk parkir kereta. Ada pakar, ada HO. Lebih banyak kes yang boleh dipelajari kerana banyak kes yang dirujuk ke hospital besar untuk dirawat oleh doktor pakar.

Tapi aku kira, ada hikmahnya aku memilih Jitra sebagai tempat praktikal. Walaupun tak banyak kes mencabar dan rare (lain dari yang lain), aku masih belajar banyak di sini. Aku baru pelajar tahun kedua, masih ada tiga tahun untuk aku menimba pengalaman. Sudah banyak rasanya pengurusan pesakit yang aku pelajari termasuk ubat-ubatan yang diberikan. Penyakit-penyakit yang jarang dijumpai mungkin aku akan jumpa bila masanya sesuai. 

For now, i just enjoy the moment.



No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif