Welcome To My Life...

Friday, November 8, 2013

Akhirnya...


Sempurna jua.

Akhirnya siap juga penulisan reflektif pasca lawatan ke Hospital Seremban. Kami para pelajar perubatan semester pertama di IMU perlu menceritakan perasaan kami dan apa yang kami belajar sepanjang lawatan tersebut.

Aku cuak setiap hari sejak dapat tugasan tu. Aku tak boleh main-main dengan penulisan ni kerana tugasan kali ni membawa markah maksima 5% untuk penilaian keseluruhan tahun pertama. Nampak sikit, tapi tak sikit.

Aku risau sebab tak tahu nak merapu macam mana untuk dapatkan markah cemerlang. Tulis memang boleh. Nak dapat markah tinggi tu yang belum pasti. Aku juga bimbang aku tak dapat menulis dengan lancar tentang perasaan aku.

Tapi... alhamdulillah. Ilham di minda dicurahkan sehabis baik. Selepas merancang draf usai solat Maghrib, aku mula menulis selepas solat Isyak. Dan berjaya disiapkan sebelum jam 11 malam. Syukurlah.

Aku malas nak fikir dah. Aku dah hantar pun. Esok tarikh tamat tempoh. Itu sebabnya aku kelam kabut nak siapkan. Rileks sangat dari hari tu lagi. Suka sangat buat kerja lewat. 

Yang penting tugasan ni dah selesai. Cabaran seterusnya: Ujian formatif hujung bulan ni. Baru nak mula ulang kaji. InsyaAllah.



No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif