Saturday, November 2, 2013

Toss A Coin



When you make a hard decision, toss a coin.

Kadang-kadang kita perlu membuat pilihan yang sangat penting. Pertaruhannya tinggi. Masa depan. Satu antara dua. Di persimpangan dilema. Sukar. Mencabar. 

Kita takut untuk mengambil risiko kerana bimbang akan akibat yang mendatang. Kita tidak pasti adakah hati benar-benar ingin mencuba sesuatu yang tak pernah kita lakukan atau mahu terus melakukan sesuatu yang sudah biasa bagi kita.

Mudah saja. Lambung syiling. Kenapa?

Because when the coin is in the air...

Sekejap. Cuba kita bayangkan apabila syiling itu sedang berputar. Pernah lambung syiling? Apa yang kita rasa apabila syiling itu di udara?

...you suddenly know what you hope for.

Ya, tiba-tiba kita tahu mana satu pilihan kita. Kita akan sedar apa sebenarnya yang kita harapkan. Ketika syiling itu berada di udara, kita mula berharap yang amat sangat permukaan syiling itu akan menunjukkan pilihan kita apabila ia jatuh nanti.

Aku dapat cara membuat pilihan ni ketika membelek Twitter. Terus aku hapdet status FB. Memang cara yang comel untuk mengetahui apa yang kita mahu antara dua pilihan.
 


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif