Wednesday, November 13, 2013

Minggu Melayu


 
Minggu ni di IMU berlangsungnya Minggu Kebudayaan Melayu (MCW) anjuran Persatuan Kebudayaan Melayu (MCS).


Pameran berlangsung di Atrium depan pintu masuk. Para pengunjung boleh bemain permainan tradisional orang Melayu.




Minggu ni juga akan berlangsung pementasan teater 'Alahai Menantu' yang asalnya dipentaskan di UKM. Teater ni memang kelakar. Aku dah beli dua tiket yang berharga RM 15. Satu tiket tu untuk tonton teater. Dan satu lagi tiket untuk makan esok (Rabu).

Cerita pasal makan. Kat rumah ni makan memang tak ada masalah. Barang dapur kami beli dengan duit kongsi.

 
Ni kuetiau goreng petang semalam karya Chef Ipan.


Ni sarapan simple yang aku siapkan pagi tadi sebelum ke PBL. Saja tak nak makan nasik. Goreng makanan segera.


Haaaa. Menu petang ni. Spaghetti.

Alhamdulillah. Makan sedap setiap hari. Jangan risau umi dan ayah. Anakmu di sini baik-baik saja.




No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif