Welcome To My Life...

Saturday, November 2, 2013

HTJS II



BAHAGIAN KEDUA

Walaupun telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil, harapan aku untuk perjalanan yang senyap dan tak sesak tak kesampaian apabila kami bergabung untuk perjalanan awal di HTJS. Tak seronok jalan ramai-ramai.

Kami berlegar-legar seketika di Jabatan Kecemasan dan Trauma. Kami ditunjukkan tiga zon dalam jabatan tersebut. Zon hijau untuk kes kecemasan normal seperti demam. Zon kuning untuk kes separa kritikal dan zon merah untuk kes kritikal.

Seterusnya kami dibawa pula ke Haemodialysis Unit. Untuk kes kegagalan buah pinggang yang kronik. Pesakit di sini perlu menunggu selama 4 jam untuk satu sesi. Unit ini menerima pesakit yang dirujuk dari mana-mana wad. Setiap pesakit perlu melakukan sesi empat jam ini tiga kali seminggu. Darah akan dicuci oleh mesin dan darah bersih masuk semula ke dalam badan.

Destinasi seterusnya adalah Occupational Therapy Unit. Ini adalah salah satu unit rehabilitasi selain unit fisiologi. Unit ini adalah untuk meningkatkan semula fungsi motor badan yang terjejas selepas kecederaan. Tujuan utama adalah untuk memastikan pesakit dapat kembali bekerja. Mengikut maklumat yang diberikan, biasanya fungsi seratus persen tidak dapat dikembalikan. 

Sebelum ke wad, destinasi terakhir adalah Jabatan Forensik. Sebelum masuk, kami terpaksa menunggu lama. Tak tahu tunggu apa. Tapi aku rasa lega sangat dapat duduk. Sister yang prihatin bertanyakan keadaan aku kerana aku nampak lemah. Ya, hari itu aku rasa kurang sihat. Aku gagahkan jua. Jabatan ni bekerjasama rapat dengan pihak polis kerana fungsi utama mereka adalah melakukan bedah siasat untuk kes jenayah. 

1000
Dari Jabatan Forensik, para jururawat membawa kami semua minum pagi di kafe. Lega sangat. Dapat rehat dan makan.

- BERSAMBUNG -



No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif