Welcome To My Life...

Tuesday, November 12, 2013

Juara Kembali


Entri bola sepak.

Malam tadi, pasukan kegemaran aku berjaya menumbangkan pendahulu liga. Sebelum perlawanan, aku gusar juga dengan prestasi Arsenal yang baru-baru ni menewaskan Borussia Dortmund dalam Liga Juara-Juara Eropah. Dengan prestasi United tak menentu, aku khuatir sejarah United membelasah Arsenal 8-2 akan terbalik. Aku harap United tak dibelasah teruk. Tapi aku tetap berharap United akan menang. Akhirnya.... ^_^

Manchester United 1-0 Arsenal

Sebelum perlawanan di Old Trafford tu, Tottenham dan Manchester City dah kalah 1-0. Memang bagus. Spurs tumbang kepada Newcastle yang mengalahkan Chelsea minggu lepas. Aku memang teruja dengan Newcastle ni. Dua gergasi bola sepak Inggeris dah dibenam. City pulak tewas kepada pasukan bawahan, Sunderland. 

Moyes memilih skuad yang tak berapa kuat bagi aku. David De Gea mengawal gawang di belakang Chris Smalling, Jonny Evans, Nemanja Vidic, dan Patrice Evra. Antonio Valencia, Phil Jones, Michael Carrick, dan Shinji Kagawa membentuk jentera tengah di belakang gandingan penyerang Wayne Rooney dan Robin Van Persie. Tapi Adnan Januzaj dan Javier Hernandez di bangku simpanan menjadi senjata rahsia bagi aku sekiranya skuad utama tak menjadi.

Permainan United mengejutkan aku. Para pemain United bertarung seperti wira dan penuh bersemangat. United memang sangat layak mendahului apabila RVP menanduk cantik sepakan sudut Rooney untuk membuatkan penyokong tuan rumah bersorak gembira. Aku yang menonton dengan rakan serumah juga melonjak girang dengan menumbuk ke udara. PUAS.


Beginilah cerianya skuad United apabila membolosi gawang pendahulu liga yang belum kalah sejak pembelian Mesut Ozil. Memang gol ini di awal permainan dan perlawanan masih panjang untuk Arsenal bangkit dan membuatkan gol ini dilupakan. Tetapi ada satu figura yang sangat puas hati dengan gol ini. Reaksinya memang dijangka. Dia kelihatan berusaha keras sebelum gol itu kerana dia perlu membuktikan sesuatu. Robin Van Persie membuktikan dia masih berbisa dengan meledak menentang kelab lamanya.

Bagi aku ada beberapa orang pemain yang beraksi luar biasa. Salah seorang dari mereka sudah tentu RVP dengan tandukan cantik untuk gol kemenangan. Selain RVP, Jones juga beraksi hebat. Versatiliti Jones sangat membantu perancangan Moyes. Dalam babak pertama, Jones dimanfaatkan sebagai pemain tengah untuk melindungi benteng pertahanan. 

Selain Jones? Siapa lagi?

 
Sudah semestinya pemain terbaik perlawanan, Wayne Rooney. Sejak persaraan Alex Ferguson, Rooney karier Rooney di United yang kelihatan menuju penghujung kembali bersinar. Kepercayaan penuh Moyes terhadap Rooney memberikan masa permainan yang diperlukan Rooney untuk menggilap bakat luar biasanya yang mampu mengubah perlawanan. Sepakan sudut Rooney menjadi sumber gol untuk RVP meledak.

Rooney berada di mana saja. Dia menyerang dan bertahan. Dia mengutip bola di bawah jika bola tak sampai kepadanya. Dia beraksi seperti pahlawan. Kad kuning menjadi bukti betapa Rooney sangat bersungguh-sungguh dan bermain dengan sepenuh jiwa. Malah dengan risiko mendapat kad merah, Rooney masih melakukan terjahan untuk memberi amaran kepada pemain Arsenal. Dia tak akan memberi jalan mudah.


Moyes menutup mulut pengkritik dengan kemenangan penting mengatasi Arsenal. Tetapi itu tidak menutup kelemahan taktikal Moyes. Masih banyak yang perlu dipersoalkan. Januzaj diletakkan di bangku simpanan walaupun dia menjadi ancaman utama terhadap pasukan lawan apabila dia beraksi. Wilfried Zaha tidak diberi peluang walaupun dia lebih pantas berbanding Valencia. 

Sekurang-kurangnya kemenangan ini mendiamkan mereka yang mencabar kredibiliti Moyes. Kekalahan pesaing utama lain meletakkan United kembali dalam perebutan kejuaraan. Sesuatu yang perlu disedari pengkritik. Never write off Manchester United. Kebangkitan sudah sebati dalam DNA. 

Glory glory Man United.


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif