Tuesday, November 12, 2013

Usahawan Muda


Minggu ni Minggu Usahawan (Entrepreneur Month) untuk Muslim Society IMU lagi. Sebenarnya mula minggu lepas. Dan minggu-minggu depan sepanjang bulan ni. Minggu lepas tak sempat nak tangkap gambar. Lagi pun minggu lepas aku tak tolong jual. Cuma tolong siapkan makanan untuk dijual.

Minggu ni aku tolong siapkan makanan lagi. Dan... aku tolong jual. Minggu lepas kami jual air kotak dan shepherd pie. Minggu ni budak-budak rumah aku nak jual fruit trifle dan kek batik. Ada empat usahawan semuanya hari ni. Selain dua menu yang kami jual tu, dua menu lagi adalah moist choc cake, sosej, dan cheezy wedges. Resepi nak barat je kau....


Inilah rupa trifle yang budak-budak rumah aku buat. Dijual satu keping RM 2. Gambar ni saja yang ada. Makanan lain semuanya dah habis dijual waktu syif aku tiba. Sosej dan kek coklat laris walaupun kek coklat tu harga sekeping RM 4. Kek batik yang sekeping RM 1.50 pun laku. Kek batik hasil buatan Incik Azra memang laris. Minggu depan kena jual lagi banyak.


Syif aku tu jam 12 tengah hari. Masa orang lunch. Menu pun banyak dah habis. Tinggal trifle yang belum laris tapi dah balik modal. Aku dan Fikre (bukan nama sebenar) yang dah bosan tak tahu nak buat apa. Pelanggan pun tak ada. Aku pun mula lar mengira hasil jualan semua usahawan hari tu. Banyak jugak. Lebih RM 300. Modal campur semua lebih kurang RM 150. Lebih banyak dari untung minggu lepas.

Oh ya, Minggu Usahawan ni untuk mengutip dana bagi persatuan. Sebab tu atas polisterin tu aku nak tulis Fund Raising. Dalam tu ada lah beratus ringgit. Tapi Fikre yang cadangkan buang satu huruf dari dua perkataan tu. Jadilah 'Fun Raisin'. Kismis yang gembira. ^_^


"Macam ni rupanya abang yang jual nasi kukus ayam berempah kat simpang tu."

Itu kata Fikre apabila kami berhadapan dengan situasi tiada pelanggan untuk membeli trifle yang tinggal. Bosan. Sunyi. Sedih. Mungkinkah itu perasaan abang nasi kukus yang meniaga di simpang tu? Setiap hari? Wallahualam.

Alhamdulillah, rezeki kami banyak hari ni. Minggu depan belum tahu lagi.



No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif