Welcome To My Life...

Sunday, November 10, 2013

Bujang Mengemas


Alhamdulillah, hari ni diberi kelapangan oleh Allah untuk gotong-royong mengemas rumah.

Semalam Anep dah bagitau hari ni nak kemas rumah. Aku bangun hampir jam 9 pagi dan diingatkan semula oleh Anep ketika aku sedang main Scrabble di FB. Semangat betul rakan serumah yang sorang ni.

Gambar mengemas tak dapat disiarkan kerana mengandungi elemen kerajinan yang sangat menggerunkan. ^_^ Aku tolong lap kipas dengan ketinggian aku. Lepas tu kena tolong di dapur pulak.

Hari ni Chef Ipan masak nasik ayam untuk makan tengah hari. Alhamdulillah.



Oh, tu untuk makan tengah hari. Aku juga goreng nasik untuk sarapan. Tapi sarapan kami dimasak sama waktu dengan juadah makan tengah hari. 


Haaaa. Ni dia Nasi Goreng Sosej yang aku siapkan. 


Ni pulak ayam dalam proses nak disiapkan.


Ni nasik ayam yang sedia untuk dihidang.

Air? Teh 'O' ais.



Inilah dia juadah makan tengah hari yang sedia untuk di'ngap'. Nasi Ayam Bujang Vista. Nak jadi suami orang kenalah pandai mengemas rumah dan memasak. Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan Allah.

Esok nak mula ulang kaji untuk ujian penilaian pertama dua minggu lagi. Moga dipermudahkan juga.



No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif