Welcome To My Life...

Monday, September 2, 2013

Bersawang


Bismillah. 

Minggu kedua orientasi. Menikmati ketenangan yang tak berapa damai sebelum kesibukan seorang pelajar universiti akan membadai keamanan hidup ini. Fuh fuh, dah bersawang blog.

20 Ogos. Itu kali terakhir aku hapdet blog ni. Dua minggu lepas. Fuh, aku tak ingat bila kali terakhir aku biar blog ni bersawang. Bukan tak ada idea, cuma tak ada mood nak mengomel di alam maya.

Alhamdulillah, hari ni diberi kesempatan dan keinginan untuk menaip entri setelah sekian lama. InsyaAllah, apabila talian internet dipasang di rumah sewa aku di Vista Komanwel C, aku akan kembali menjadi penulis harian dengan konsisten. 

Banyak perkara yang berlaku dalam dua minggu ni. Anugerah Ilahi yang sangat manis selepas doa dan tawakal yang tiada pernah putus. Minggu pertama orientasi yang menarik dan gila. 

Aku pun tak percaya aku dah jadi pelajar medik. Impian sejak kecik. Entri seterusnya mungkin aku akan membebel tentang keputusan A-Level dan minggu pertama orientasi di IMU ni.

Have a great day. May Allah bless you all.


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif