Welcome To My Life...

Monday, September 2, 2013

Red vs Red



When two red armies faces each other, one has to go down. In the famous derby between two of the most successful clubs in Premier League history, Reds beat the Red Devils.

Di Anfield malam tadi, Liverpool menumbangkan Manchester United 1-0. Daniel Sturridge menjadi wira tuan rumah dengan gol di awal perlawanan. 


Permainan baru berusia empat minit apabila sepakan penjuru Steven Gerrard ditanduk Daniel Agger ke depan gol. Sturridge melakukan flik mudah untuk satu penyudah yang memusnahkan juara bertahan yang dipimpin pengurus baru. Liverpool dengan sembilan mata maksima kini lima mata di hadapan penyandang juara selepas hanya tiga perlawanan. 


United mendominasi permainan dengan serangan bertali arus tetapi gagal mencari penyudah yang diidamkan untuk merobohkan kubu pertahanan utuh pihak lawan. Glen Johnson dan Jose Enrique beraksi sangat cemerlang untuk melindungi Simon Mignolet di gawang Liverpool.

Malangnya, United kekurangan kreativiti dan imaginasi. United memerlukan seorang pemain dengan nafsu penggempur yang luar biasa. Jentera tengah United tidak memiliki cita-cita ketika ini. Kemarau dalam dua perlawanan berturut-turut bukanlah permulaan yang bagus untuk musim baru.

Moyes perlu melakukan sesuatu jika ingin menjuarai liga dalam musim pertamanya mengurus United. Dan Moyes memerlukan seorang jeneral padang untuk mengawal jentera tengah.


Ryan Giggs, kuda tua legenda yang terus rakus merajai padang ketika ada pemain lain yang beraksi di padang yang sama berusia tidak sampai separuh umurnya. Giggs telah menjangkau usia 40-an tetapi kudratnya masih setanding pemain muda. Lariannya tidak sepantas dulu, tapi pengalamannya digunakan sebaik mungkin.

Kalah tetap kalah. Selaku penyokong tegar, kipas-susah-mati Syaitan Merah, aku tak nak bagi sebarang alasan. United tiada pemain yang mampu mengubah perlawanan. Itu hakikat.


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif