Welcome To My Life...

Monday, September 2, 2013

Pengorbanan


Baru-baru ni, aku berkesempatan menonton filem Armageddon (1998) di rumah rakan aku di Temerloh, Pahang. Ya, memang cerita lama. Bukan rumusan cerita yang aku ingin perkatakan di sini, tetapi salah satu persoalan yang menyentuh hati. Sebenarnya cerita ni dah lama ada dalam koleksi aku. Tak pernah sempat nak tengok.

Kebetulan kawan aku tu mintak. Kami tonton di televisyen, disambung dari komputer ribanya. Skrin besar. Puah hati boh! 

PENGORBANAN! Ya, itulah persoalan yang bermain di fikiran aku sejak aku selesai menonton filem tersebut. Walaupun ceritanya mengarut dan tak perlu dipedulikan, persoalan tentang pengorbanan sangat menarik. Hati aku ni lembut. Sensitif. Mudah menangis. Bergenang kolam mata apabila watak utama filem tu, Harry Stamper berkorban untuk semua penduduk bumi.

Stamper mengorbankan dirinya untuk meletupkan asteroid secara manual selepas NASA hilang kawalan secara automatik. Plot pengorbanan ni aku rasa lebih kurang sama dengan satu dua cerita yang aku pernah tengok.

Misalnya, filem The Tower (2012) dari Korea Selatan. Hero cerita tu, ahli bomba tua yang mengorbankan dirinya untuk meletupkan menara secara manual. Begitu juga dalam Fetih 1453 (2012), filem Turki tentang penaklukan Konstantinopel di mana beberapa orang tentera mati syahid meletupkan diri untuk melemahkan tembok kota Konstantinopel.

Pengorbanan adalah satu perkara yang wajib dalam hidup ni. Kita berkorban untuk melihat orang yang kita sayang bahagia. Walaupun kita yang terluka.

Berkorban apa saja
harta ataupun nyawa
itulah kasih mesra
sejati dan mulia


No comments:

Copyright © 2011, Segalanya Di Sini Adalah Hak Milik Muhammad Nazif